tag:blogger.com,1999:blog-8774122920316522949.post7015570334426329442..comments2023-10-24T03:39:11.792-07:00Comments on Kisah Masalah Rumah Tangga dan Penyelesaian: Suami aku lelaki PALING JAHAT yg pernah aku kenaliUnknownnoreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-8774122920316522949.post-51170537007708586922012-09-15T00:13:01.767-07:002012-09-15T00:13:01.767-07:00assalamualaikum wbt..
tersentuh saya membaca kisah...assalamualaikum wbt..
tersentuh saya membaca kisah Puan di atas..kisah saya juga lebih kurang sama, bezanya saya baru berkahwin kurang setahun dan masih belum mempunyai anak. Bukanlah tujuan membuka aib sendiri namun isu rumahtangga seperti ini seakan tiada penghujung. Cuma wanita yang cukup sabar mampu bertahan. Sifat suami dan saya sendiri yang tidak matang mungkin menjadi punca perpisahan kami

Latar belakang suami:
SPM, Penyelia di dalam bidang f&b, Seorang yang sangat suka barang berjenama
Seorang yang sangat ramai kawan, tua muda, kecik besar, semua golongan didekatinya tapi rasanya cuma golongan berada dan mampu memahami hobi dan perangai liarnya

Sebelum berkahwin:
1) Saya difahamkan suami seorang yang suka ke kelab malam, minum arak dan berzina.
2) Suami seorang yang panas baran, tidak suka bertolak ansur walaupun dengan perempuan
3) Suami seorang yang pentingkan diri dan sanggup meminta wang dari saya untuk membeli kasut bola (semasa itu kami hanya bertunang)
4) Kononnya suami amat sayangkan ibunya dan sanggup mengutamakan ibu dari pekerjaan
5) Semasa mula berkenalan, hampir setiap hari diajak saya keluar, makin lama makin kurang hari nya berjumpa

Selepas berkahwin:
1) Suka sangat pulang lewat malam, alasannya kerja, sedangkan saya dikhabarkan suami tak pernah berubah, masih ke kelab malam, minum arak dan berzina
2) Kurang mesra dengan saya, ibu bapa saya, saudara mara, dan kawan2 saya. Malah langsung tiada inisiatif untuk mengenali mereka
3) Sentiasa tiada di rumah - lebih suka keluar dengan rakan2 sehingga lewat malam/pagi
4) Sangat jarang membawa saya beriadah - jika saya atau ibunya perlu membeli-belah atau mempunyai urusan, saya perlu uruskan sendiri dan membawa ibunya ke mana saja yang diingini
5) Selalu membiarkan saya bersendirian di rumah dan membuat hal sendiri
6) Tidak suka menziarahi ibu bapa saya, saudara saya atau saudaranya sendiri. Apatah lagi pergi ke majlis perkahwinan rakan2 saya. Suami cuma akan ikut kehendak kawan2 tak kira waktu atau penat
7) Selalu inginkan saya membeli sesuatu untuknya, baju CK, hp Galaxy Note etc, rasanya dia anggap saya bank negara
8) Melayan kawan2 perempuan jauh lebih manja dan baik dari saya, walhal isteri sendiri "trying to make ends meet"
9) Menjadi seorang perokok tegar selepas berkahwin, walaupun sudah diberitahu saya tidak tahan dengan asap rokok. Rasanya dia bukanlah perokok tegar sebelum kahwin tapi semakin saya tegur dan nasihat untuk berhenti, semakin melampau jadinya (lumrah lelaki, maaf ya!)
10) Seorang yang sangat panas baran - asal diajak berbincang saya diherdik, dimarahi dan dikatakan cerewet dan tidak memahami
11) Tikar sembahyang tak tahulah setakat mana disentuhnya. Yang saya tahu, saya yang perlu kejutkan dia untuk solat subuh, bila dikejut berkali2, mulalah tinggi suaranya nak marah. Bila dah dikejut tak bangun, saya pun biarkan saja. Siangnya mulalah tanya pada saya kenapa tak kejut solat.
12) Menceritakan segala hal yang berlaku di dalam bilik tidur kepada ibunya. manakala ibunya pula menceritakan kepada kawan baik ibunya (wedding matchmaker) yang juga kawan baik ibu saya.
13) Pernah meminta berkali2 untuk meliwat saya, bila saya katakan itu haram, responnya, "iya ka?" alhamdulillah saya selalu dapat mengelak. Mungkin sebab itu saya diberitahu oleh kawan yang rapat dengan suami bahawa suami mengadu tidak puas dengan saya. Saya tak pernah merasa menyesal atau bersalah menolak permintaan suami dalam hal ini. Mungkin dia terlalu jahil dan hanyut dalam arus kemodenan sehingga melupakan asal usul nya dan tanpa bimbingan ibu bapa juga dia tidak pernah berasa bersalah dengan apa yang dilakukannya. Ibunya sangat menyayangi dan menyebelahi suami. Saya yang selalu dipersalahkan, tidak cukup baik melayan suami, tidak menolong ibunya, tidak cukup moden/bergaya untuk bergandingan dengan suami.
Anggaplah saya wanita kolot di zaman ini, itu bukan masalah untuk saya, setiap orang mempunyai matlamat hidup masing2, cuma penghujungnya tak siapa yang tahu. Hiduplah berlandaskan agama, nescaya tidak tersasar haluan dan arah tujuan kita.seduliasiahttps://www.blogger.com/profile/01434589851435670867noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8774122920316522949.post-40466461376349672272012-09-15T00:02:55.103-07:002012-09-15T00:02:55.103-07:00This comment has been removed by the author.Anonymousnoreply@blogger.com