Aku serasi dgn suami orang. Tapi dipanggil sundal, bitch.

Admin
0

pertama kali aku jumpe dia di tempat kerja,di sebabkan job skop yg sama kami saling berhubung,dan oleh kerana keserasian dan persamaan kami saling berkongsi pendapat dan idea..beberapa minggu kemudian aku mula rasa yg kami makin rapat..kemudian terus terang dia katakan pada aku yg dia sudah pun berkahwin dan mempunyai 2 org anak dan yg kedua itu br berumur 4bulan.. aku terima dgn tenang walaupun aku tau yg aku sudah pun mula suka pada dia. tp aku mula terdiam apabila dia katakan yg dia suka pada aku,dan minta aku maafkan dia kerna berkata begitu.

pada aku lelaki ada byk alasan utk dptkan ape yg mereka mahukan n begitu juga perempuan.jadi aku terus terang padanya yg aku xmau jd org tgh atau pemusnah rumah tangga atau perampas, tetapi jika dia perlukan kawan utk berbicara aku sedia mendgr.. dr hari itu kami menjd makin rapat lebih lebih lg bila dah outstation pun bersama... sehinggalah pada suatu hari aku mendpt pamggilan dr isterinya bertanya kan ttg hubungan aku dg suaminya, aku jelaskan yg aku dan suami dia hanya kawan di tempat keja dan itu sahaja tidak lebih..dan x perlulah risau,si isteri ada menerangkan pada aku yg dia berkahwin dgn sidia kerana mereka terlanjur dan si isteri dah pun mengandung semasa mereka berkahwin,si isteri juga mencerita perangai buruk sidia n keluarga mertua,aku hanya mampu mendgr.

setelah dr hari demi hari keadaan makin teruk isterinya mula merasa lebih curiga n menuduh kami yg bukan2 dan mula memalukan aku menghina aku dimana2 saja termasuklah fb..

rupa rupanya xbf aku yg menjadi musuh dlm selimut..sbb x puas hati break off dgn aku.. xbf aku mencari segala sumber maklumat dan apa saja utk di serahkan pada si isteri lalu retak lah rumah tangga mereka.. si isterima mula hilang pertimbangan dgn mengugut aku dgn ilmu hitam,asid,pukul dan sebagainya termasuk lah teman teman isterinya juga mengugut aku.

oleh kerna keadaan yg x terkawal aku dan si dia membuat keputusan utk tidak menghubungi satu sama lain,

dan keputusan itu tahan hanya sebulan kerana perasaan hasad dengki xbf n si isteri yg x habis habis..dan kami terpaksa berhubung bg menenangkan satu sama lain dan pada suatu hari si dia membuat keputusan utk menceraikan isterinya, setelah di cerai kan dia si dia memberi segala kemudahan pd si isteri seperti rumah kereta dan nafkah yg tinggi segalanya menjd milik si isteri termasuk lah anak2 si dia keluar rumah sehelai sepinggang.

setelah semua ini terjadi dan rintangan yg kami lalui membuatkan kami makin memerlukan antara satu sama lain dan timbulah sayang..sehingga kini walaupun sudah setahun lebih berlalu

namun aku masih menerima tomahan dan sumpah seranah...melalui fb email sms dimana saja ada nama aku yg di panggil sundal..bitch dan sebagai nya aku hanya mampu mendiamkan diri kerna itu lah jln terbaik.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)