Isteriku mengandung dan minta talak. Rujuk, tapi buat hal lagi.

Admin
0

Saya ingin bertanya berkenaan masalah rumah tangga saya.

Terbina nya setahun lebih. Anak saya baru lahir bulan lepas. Jadi mengenai masalah kami suami isteri sering bertengkar sejak belum kahwin lagi.. Saya sabar dengan ujian Allah. mungkin untuk menguji kesabaran. tapi setelah bertunang & mendirikan rumah tangga, perkara sama berlaku dalam kehidupan kami.

Sediit masalah sahaja isteri saya naik berang & sumpah maki kepada saya. sejak dulu lagi saya sabar . Sehingga lah isteri mengandung di usia 3 bulan. Saya terpaksa melepas kan talak diatas permintaan nya. Namun begitu. isteri saya sudah insaf & berjanji tidak akan mengulanginya lagi. saya berjauhan selama 2 bulan & dia kerap megadu masalah & meminta maaf atas kesilapan nya selama ini. jadi saya patah dengan semua tu . saya ambil nya semula dengan lafaz rujuk. selang tidak lama mana sehingga melahirkan anak.. isteri kembali ke perangai asal.. ckp dengan saya kurang ajar . Saya buntu apa sebenarnya dia mahu dalam kehidupan ini. saya sedar ada banyak kelemahan dalam diri tp Isteri susah untuk bawak bincang. Hanya mahu suami dengar & ikuti apa yang dia ckp sahaja.. Dimana kah martabat saya sebagai suami? saya sayang kan anak saya. Kami tidak mahu berpisah.. Sila lah KRT berkongsi pendapat & cadagan dengan masalah yang saya tanggung . Apa2 persoalan boleh la bertanya . Semoga Dakwah yang dibawa KRT ini mendapat ganjaran yang sangat tinggi di sisi Allah swt.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)