Punca-punca perceraian di Malaysia

Admin
0
ebenarnya terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian dalam sesebuah rumahtangga. Artikel kali ini saya akan kongsikan 3 punca penting yang ramai dikalangan anda tidak tahu ataupun tidak menyedarinya.

punca cerai

Punca # 1 - Kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan, ini merupakan salah satu punca dan faktor berlakunya perceraian dikalangan suami-isteri yang paling getir. Ia boleh dikatakan terletak ditangga teratas senarai-senarai punca perceraian yang lain. Komunikasi yang lemah dan tidak berkesan boleh mengundang salah-faham. Ini akan membuatkan samada salah-satu pihak kurang jelas serta kurang faham apa yang disampaikan oleh satu pihak lagi. Seterusnya membuatkan tafsiran tepat atau pemberian output ketika berkomunikasi itu tidak seperti yang dimaksudkan. Dalam bahasa mudahnya “Lain yang dicakap, lain yang difahamkan“

Punca # 2 - Tidak bijak mengurus kewangan keluarga dan diri sendiri dan mengikut statistik atau laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perlis pada tahun 2010, masalah dalam pengurusan kewangan keluarga merupakan punca nombor 1 kes perceraian kian meningkat di negeri itu. Masalah utama dalam hal pengurusan kewangan terjadi akibat daripada wang bulanan yang keluar lebih banyak jumlahnya berbanding wang yang masuk (pendapatan) setiap bulan. Ini boleh berlaku kerana menanggung hutang yang terlalu banyak dan di luar kemampuan.

Punca # 3 - Tidak mengambil berat tanggungjawab solat 5 waktu sehari semalam. Walaupun anda fikir perkara ini nampak macam remeh, tapi kesannya memang amat mendalam jika tidak diambil serius. Pasangan suami-isteri tak kira dua-dua pihak mahupun salah-satunya yang ambil mudah dengan perintah Allah ini, hidup keluarga mereka memang tidak akan sesekali tenteram dan tidak akan mendapat lindungan rahmat Allah. Hukum solat 5 waktu sehari adalah WAJIB. Jika anda tinggalkannya, anda akan berdosa Jika pasangan suami-isteri itu tidak melakukan solat, hati mereka akan mula menjadi ‘hitam & keras’. Lalu teramat mudahlah untuk terjadinya pergaduhan dan konflik yang akan membawa kepada pertimbangan yang tidak rasional seperti cepat melatah. Lebih teruk lagi, tak mustahil akan berakhir dengan perceraian.

Baiklah sampai disini sahaja perkongsian saya kepada anda tentang punca-punca perceraian yang UTAMA yang sering terjadi kepada pasangan suami isteri terutama di Malaysia. Jika anda mempunyai pandangan dan cadangan mengenai artikel ini boleh tinggalkan komen anda dibawah. Jumpa saya pada artikel keesokan harinya mengenai topik “PERCERAIAN DI MALAYSIA“

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)