Pilihan hidup

Admin
0
Saya belum berkahwin dan dalam tahap dalam persahabatan dengan seorang teman. Saya join Kisah Rumahtangga untuk mempelajari selok belok hidup berumahtangga kelak.Saya ada satu soalan yang saya nak tanyakan kepada semua kakak2 dan abang2 yang telah berumahtangga untuk beri pendapat sedikit,untuk bantu saya membuat pilihan hidup saya.


Teman saya ini,agamanya kurang kuat.Solat tu,solat lah.Tapi ada jugak tertinggal. Tapi,Al-Quraan die tk tahu baca lagi. Dan hidupnya juga tidak sangat fokus kepada Islam. Die memang sibuk sangat dengan kerja. Dan untuk join kelas agama pun susah sebab die keje shift.

Masalahnya,saya telah dididik untuk hidup berlandaskan agama.Kalau hidup berpandukan Al-Quraan dan Sunnah,insyaAllah tkkan sesat jalan. Dan saya inginkan suami yang juga dapat membimbing saya.Tapi saya rase teman saya ini tidak mungkin dapat membimbing saya dan keluarga kami kelak.Tapi,masalahnya,saya amat sayangkan die.Jadi,saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan.

1) tinggalkan die,sebab die tidak boleh menjadi suami yang terbaik untuk saya
2) teruskan bersama, doa dia akan berubah. Kalau die berubah,alhamdulillah.Kalau tk, mungking putus di tengah jln.
3) terima die seadanya.bolehkah saya sebagai seorang isteri menjadi lebih 'religious' atau kononnye lebih baik dari die dan cuba bimbing die? Adakah kakak2 di sana yg rase diri sendiri lebih baik dari suami dan perlu bimbing suami,contohnya galak suami baca Quraan dan beribadah? Dan kalau hidup begini, adakah ianya menjadi tertekan sebab kite sebagai wanita inginkan seorang ketua,tapi kite yg perlu jadi ketua.


Dan juga,saya nak tanya kepada kakak2 dan abang2 semua,macam mana nak tahu yg die ni btol2 jodoh kiter?
saya sudah bersolat istikharah,tapi saya masih tk tahu apa yang hati ni mahukan.Saya nak putus, tapi rase sayang sangat untuk lepaskan die.Dan bila solat,hati saya akan rasa lega dan ingin semula dengannya.Tapi, beberapa hari lepastu, mesti berbolak-balik lagi, dan akan rase nak putus. Saya betol pening memikirkannya.Saya rase saya perlu buat keputusan untuk berterus dengan beliau atau tidak,kerana di pun da naik jelak dengan hati saya yang sentiasa berubah-ubah.Kadang2 sayang,tetibe rase mcm die bukan jodoh saya dan rase mcm nak putus.


Tolong beri pendapat,sebab kakak2 dan abang2 telah melaluinya dan lebih banyak makan garam dari saya! Terima kasih! =)

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)