Assalamualaikum
Saya tak tahu la nak mulakan macam mana.tapi yg pasti saya harap dapat memberi sy jalan keluar dan pandangan anda semua.Perkahwinan kami dah 2 Tahun lebih.Saya mula terasa mencintai dia lebih dr segalanya selepas alam perkahwinan.Sebelom ni saya tak fikir panjang nak kahwin dgn dia sbb nak bebas dr kongkongan Family.Semasa sy mengandungkan anak pertama dlm kndungan 7 bln keluarga ada beritahu suami saya main judi,tp sy nafikan kerana sy tak percaya dan dia cakap utk suka2,sekali je penah pergi.tapi abg saya cakap dia pernah habiskan dlm Rm800 utk bmain judi.
sy tetap tak percaya,bila saya Tanya dia,dia cakap 10 or 20 hengget je.time saya mengandungkan anak pertama saya mmg mabuk teruk sehingga terpaksa berhenti kerja.sy jugak susah tunaikan permintaan seks bila dia nak sebab sy tak boleh bau dia.sometime je dia paham.rupanya dia ada jalinkan hubungan dgn wanita lain dsebabkan sy alergik dgn bau dia.sampai hubungan tu dia terlanjur.time sy dpt tahupn semasa mengandungkan yg no 2 dlm kandungan 6 bln.sedih sgt2 hana tuhan yg tahu,tak dapat aku gambarkan sehingga aku nak telan ubat apa ntah yg boleh myebabkan aku dn anak dlm kandungan meninggal.dia perasan dan dia marah.dia janji tak akan contact perempuan tu lg.mmg dia pegang pd janji.tapi berkaitan judi pulak,banyak duit aku dihabiskan,krn dia la aku hilang 2 kereta..
tahun pertama,1 kereta,yg terbaru tahun ni 1 kereta.semua usaha dan pengorbanan aku dia tak fikir.dibibir mengatakan sayang tp hakikat layanan semua keperluan aku kena pikir.suruh bayar duit kereta,guna main judi,beli barang anak pampers,susu,tak beli tp main judi.
gaji sy tak cukup nak tanggung semua,.utk 2 thn perkahwinan,saya banyak sgt mengalah.semua keperluan aku kena pikir.pernah gaji dia dua kali sebanyak 5k.bayangkan bila tak cukup keperluan anak2,dia tak risau pn,sy jugak kena meminjam sana sini.sedih sgt2 dperlakukan begini.terpikir jugak nak bawa diri,tp sy sayangkan family saya.tp bila fikir balik perangai dia dan layanan dia terhadap sy,
sy rasa tawar hati.sampai bila nak macam ni?apa perlu sy buat?utk pengetahuan,setiap kali dia habiskan duit main judi,dia akan minta maaf tak buat lg.dia mmg senang ungkap minta maaf.sy pulak dgn lembut hati memaafkan.dah banyak kali sy terdesak utk pakai duit tp dia gunakan duit utk judi..ya ALLAH berilah hambamu ini petunjuk.terima kasih pada anda yg memberi pandangan nanti.