Suami main mesej sayang2 kat Facebook dgn perempuan lain

Admin
0

Saya memang selama ini tak ambil kisah apa yang suami buat bersama kawan-kawannya. Dia keluar sampai pagi pun memang alasannya berjumpa kawan. Pernah juga beberapa kali tak balik rumah. Tengahari buta baru nak balik. Mentua pulak yang sibuk tanya. Bila dah selalu sangat kena soal,tiba2 satu hari tu,hujan lebat,saya pun bersangka buruk tentang suami. Entah apa yang dibuatnya. Dahla tak dapat call. Dahla tak balik. Hati risau tidak seperti selalu. Saya tepis segala prasangka. Entahla,cemburu ke,atau memang naluri seorang isteri. Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mesej fb suami yang password yang dirahsia dari saya.

Entah mengapala akaun fb tu terpampang di depan saya. Mungkin tuhan nak tunjuk. Sedangkan saya bukak laman depan fb,tiba2 keluar. Saya beranikan diri membaca mesej di dalamnya. Masyaallah. Ada seorang hamba Allah ni yang hantar mesej sayang2 pd suami saya. Mcm2 la yang dia hantar. Hati seorang isteri memang sebak.. Perasaan nak tahu memang menguasai diri.. Ditanya pada suami,dia menafikan. Sampaikan saya yang kena marah. Sehinggalah suatu hari saya cari no hp prpuan tu. Saya tanya,ppuan tu juga menafikan..

Ppuan tu hantar mesej marahkan saya dlm hp suami saya. Entah siapa yg taip. Ppuan tu ka suami,saya dah tak dpt fikir lagi. Dah blaku pgaduhan,saya pula yg tpaksa pujuk suami yang dah melenting mcm org hilang akal. Apa yg saya fikir masa tu,anak 2 org kt depan mata. Saya tpaksa bjanji dgn suami utk tidak menyiasat lagi. Tapi,hati saya tetap bdendam sehinng ke saat ini thadap tindakan kedua-duanya.

Bila saya ingatkn kisah ni,air mata saya mengalir lagi.. Tengah menaip ni pun mengalir juga air mata.. Tak tahu nak diluahkan dengan siapa.. Saya hanya bserah kpd Allah sahaja jodoh kami. Tapi saya tlalu sayangkan suami saya. Semua kehendaknya saya ikut..

Apakah wajar yang saya lakukan? Apakah jalan penyelesaian yang harus saya ambil. Saya mohon nasihat dan dorongan....

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)