Punca Cerai dan Tips untuk mengelakkan perceraian

Admin
0
Masalah perceraian kini semakin menunjukkan peningkatan dari sehari ke sehari, malah semakin teruk. Berikut adalah beberapa masalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan pasangan hari ini yang menyebabkan perceraian serta tips bagaimana untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada berlakunya perceraian. Lebih Mengutamakan Kerjaya Kerjaya sering kali menjadi faktor yang menjejaskan hubungan rumahtangga seseorang. Sentiasa sibuk dengan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab untuk meluangkan masa bersama pasangan atau menjadikan pasangan sebagai tempat melepaskan tekanan kerjaya akan menyumbang kepada punca masalah perkahwinan. Hubungan suami isteri akan menjadi renggang dan semakin berlarutan sehingga membawa kepada perceraian. Teramatlah penting untuk anda menghabiskan masa bersama pasangan dengan sekerap mungkin agar hubungan anda bersama pasangan sentiasa hangat dan bahagia. Ketika bersama, elakkan daripada berbual tentang topik yang boleh menyebabkan pertengkaran dan pastikan ianya tidak menyusahkan pasangan anda. Sentiasa Bercanggah Pendapat dan Sering Bergaduh Perkongsian dan persefahaman dalam membuat sebarang keputusan dalam perhubungan amat penting untuk menjamin rumahtangga yang bahagia. Sebenarnya, masalah dalam perkahwinan itu biasa dan menjadi lumrah kepada setiap pasangan. Bagaimana anda mengawal, apa cara yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah itulah yang menjadi tanda aras kepada perkahwinan anda. Segeralah cari penyelesaian kepada masalah anda dan jangan biarkan hari-hari sentiasa penuh dengan pertelingkahan dan perselisihan faham. Normal untuk setiap pasangan berselisih faham, namun ia akan menjadi tidak normal untuk bergaduh dan berselisih faham setiap saat, setiap masa malah terbawa-bawa sehingga ke bilik tidur. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan perkahwinan anda sekiranya ia berlaku dan perceraian mungkin akan menjadi jalan terakhir jika anda tidak segera menyelesaikannya. Jadi, sentiasalah bertolak-ansur antara pasangan dan sentiasa berusaha untuk memahami budi pekerti, kehendak dan kemahuan pasangan kita agar ianya tidak membawa kepada pertelingkahan. Bersikap Terlalu Mudah untuk Bercerai Jika dulu, perceraian merupakan perkara yang paling tidak disukai keluarga dan masyarakat umumnya. Namun, keadaan pada hari ini jauh berbeza kerana kebanyakan orang kini semakin terbuka dan menganggap perceraian itu perkara biasa dan tidak perlu diambil berat. Perceraian diterima sebagai pilihan atau jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah, bukannya sebagai jalan terakhir. Kini, rakan-rakan sendiri yang banyak kali menyokong dan menggalakkan perceraian, sedangkan perceraian merupakan perkara yang cukup dibenci oleh Allah SWT. Kepada setiap pasangan yang sedang dalam dilema dan sentiasa memikirkan perceraian sebagai penyelesaian masalah mereka, fikirlah berkali-kali lagi sebelum membuat keputusan sebegitu! Adakah keputusan itu dibuat kerana perasaan marah, atau adakah anda benar-benar sudah berhenti mencintai dia? Kadang-kadang dengan bersikap lebih sabar dan tabah, sesuatu masalah pasti dapat diselesaikan dan perceraian pasti tidak akan berlaku semudah itu. Sebab-sebab ini adalah salah satu daripada banyak sebab yang menyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi. Berusahalah dan berjanjilah kepada diri anda bahawa anda sekali-kali tidak akan berfikir untuk bercerai jika berlaku sebarang masalah dalam perkahwinan. Katakan tidak kepada perceraian!

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)