DALIL ISTERI DIWAJIBKAN MENTAATI PERINTAH SUAMI

Admin
0
1. Menurut Hukum Syarak, isteri diwajibkan mentaati suaminya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 228 yang berbunyi: وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Yang bermaksud: “dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (menurut Syarak). Dalam pada itu, orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat melebihi mereka (isteri-isteri itu). (Ingatlah) Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. 2. Dalam tafsiran ayat di atas, Imam Ibn Kathir telah menyatakan: وقوله: { وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ** أي: في الفضيلة في الخُلُق، والمنزلة، وطاعة الأمر، والإنفاق، والقيام بالمصالح، والفضل في الدنيا والآخرة، كما قال تعالى: { الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ** [النساء:34] . Yang bermaksud: “dan Firman Allah: {{Dalam pada itu, orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat melebihi mereka (isteri-isteri itu) **** Yakni: kelebihan dari segi fizikal tubuh badan, kedudukan dalam keluarga, ketaatan perintah, memberi nafkah, menegakkan maslahah dan kelebihan di dunia dan akhirat seperti mana firman Allah Taala: {{ Kaum lelaki itu adalah pemimpin ke atas kaum wanita disebabkan Allah telah melebihkan orang lelaki mengatasi orang wanita dan juga kerana orang lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” 3. Berdasarkan kepada pandangan Ibn Kathir tersebut maka adalah difahami bahawa antara kelebihan suami ke atas isteri yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah kewajipan mentaati perintahnya selagi mana perintah itu tidak menyalahi Hukum Syarak. 4. Menurut sebuah hadith bertaraf hadith hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Abu Hurairah: حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ))لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا(( Yang bermaksud: “Kalaulah aku diperintahkan menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, nescaya aku perintahkan seorang isteri supaya sujud kepada suaminya” 5. Hadith di atas menerangkan tentang kedudukan suami yang tinggi di sisi Allah yang wajib ditaati seolah-olah sehingga wajar diperintahkan kepada isteri untuk sujud kepada suami.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)