Setelah 15 tahun berkahwin, baru ku tahu, suami curang

Admin
0

Saya adalah seorang isteri yang sentiasa hidup dalam kesedihan. Kisah ini dipaparkan bukanlah untuk memburukkan suami atau mana-mana pihak. Saya mohon pandangan untuk mencari jalan penyelesaian.

Kami telah berkahwin 15 tahun dan mempunyai 4 0rang anak. Masalah saya ini bermula sejak dari kami mula berkahwin lagi. Suami saya rupa-rupanya kaki perempuan. Saya dapat tahu kisah ini, baru 5 tahun kebelakangan ini. Saya sangat mempercayai suami saya. Semua urusan rumahtangga, suami saya yang urusankan. dan kerana itu saya serahkan semua wag gaji saya pada suami sebagai ketua rumahtangga. Dialah yang uruskan semuanya. Tp setalah saya dapat tahu dia ada perempuan lain, saya tidak lagi mempercayai dia. Rupa-rupanya sejak berkahwin dengan saya lagi dia ada perempuan simpanan. Kemuncaknya 5 tahun lalu, apabila seorang perempuan menalipon saya, mengatakan suami saya telah menodai dia dan akan berkahwin dengan suami saya. Suami saya mengaku duda anak satu dengan semua perempuan, kononnya dia kesepian. Suami sangat pandai menggoda wanita. Ketika itu saya lari meninggalkan rumah dengan anak2. Kami selalu bergaduh. Tp kerana anak saya kembali padanya. Dia bersumpah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Tapi semua itu penipuan belaka. Suami saya berkahwin dengan perempuan tersebut secara diam-diam. Dalam masa yang sama dia masih lagi punyai hubungan dengan ramai perempuan. Sepanjang hidup saya, saya hidup dalam penipuan suami. Dia kata dia sayang saya dan anak2, tp selalu bersms depan saya, bila saya tanya katanya kawan2 lelaki dia, nama di talipon bimbitnya nama lelaki, tp saya ternampak sms itu, panggil dia "syg". Hancur hati saya, bila dia kata akan kahwin dengan perempuan tersebut. Dia dipaksa kahwin katanya. Sebenarnya saya memendam rasa, dan saya banyak dapat tahu dia ada hubungan sulit dengan banyak perempuan hingga ke bilik tidur. Tp saya simpan semua cerita itu, kalau ditanya pasa akan terjadi pertengkaran. Tolonglah saya untuk keluar dari penipuan suami....... jiwa raga saya sangat tertekan. Saya bertahan kerana anak2 saja.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)