Suamiku kahwin lagi setelah hamilkan janda

Admin
0

Saya meluahkan cerita ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, cuma untuk berkongsi cerita dan meluahkan isi hati yang hampir terburai, meletup dan hancur.

Suamiku adalah seorang lelaki yang pandai memikat perempuan, walaupun wajahnya bukanlah dikategori kan handsome, tp yang hairannya semua perempuan yang didekatinya akan jatuh cinta kasih sayang padanya hingga sanggup menyerahkan diri. Dulu pernah orang tua-tua berpesan, biarlah tak sedap dimata, tp hati senang. Jadi aku tak kisahlah bertemu jodoh dengan lelaki yang tak handsome dengan harapan tak akan ada perempuan lain yang tergoda. Ternyata aku salah. Dalam diam2 suamiku selalu mengadakan hubungan cinta dengan wanita lain. Bukan seorang tapi ramai. Aku dapat tahu suami aku adalah seorang kasanova apabila terjumpa bil taliponya. Terkejut aku, aku call semua no yang ada dibil tersebut, ternyata 90% wanita. suami aku marah-marah. Sejak hari itu satu persatu rahsianya terbongkar. Aku tak salahkan sepenuhnya pada wanita2 tersebut kerana suami aku juga "pelakon" paling popular di seputar alam.

Aku hidup dalam kesedihan dan penderitaan, setiap kali aku dapat menghidu hubunganya dengan perempuan2 yang besepah diluar sana, dia akan marah aku habis-habisan. Dia lebih mementingkan hati perempuan2 yang menjadi kekasihnya dari aku isterinya yang telah berkorban apa saja untuk dia. Boleh dikatakan 80% perbelajaan rumahtangga dari pendapatan aku. ( bukan mengungkit tapi kenyataan ). Kemuncakan kesedihan aku apabila suamiku memberitahu yang dia telah berkahwin lagi. Yang membuat aku marah sangat kerana perempuan itu dah mengandung dan perempuan tersebut juga tahu yang dia bercinta dengan suami orang. Suami aku selalu menipu aku untuk mengadakan hubungan terlarang dengan perempuan itu. Entahlah dengan perempuan mana lagi dia pernah berhubungan intim.

Aku sedih dan tak boleh terima perempuan ( seorang janda entah anak berapa ) gatal macam tu, sanggup menjual marwah, berzina dengan suami orang. Entah ya atau tidak itu anak suami aku. Suami aku pun bodoh percayakan kata2 perempuan itu. Aku bingung, tak tahu apa perlu aku lakukan. Ikutkan hati aku, aku tak sanggup lagi hidup dengan lelaki macam tu. Tolonglah berikan aku jalan penyelesaian.

Semua komen dan pendapat sebelum dan sesudahnya amat aku hargai dan aku ucapkan terima kasih.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)