Aku bukan Muslim, tapi mencintai gadis Muslim

Admin
0
Salam sejahtera buat semua pembaca,
Editor minta rahsiakan identiti.

Kisah saya kali ini berkisarkan topik di atas.
Sebagai membuka bicara,saya merupakan seorang bukan muslim dan sedang dalam
hubungan cinta dengan seseorang bernama L.
Percintaan kami kini menjangkau usia sedekad tanpa sebarang ikatan.
Kami kini sedang merancang untuk menutup kisah cinta dengan ikatan perkahwinan.

Sebagai seorang bukan muslim dan masih mempunyai keluarga,amat sukar bagi saya untuk
menyampaikan hasrat untuk menukar agama.
Walau bagaimanapun saya akan terus berusaha meyakinkan keluarga saya terutamanya ibubapa
dan sanak saudara terdekat.
Mungkin hasrat saya akan membawa banyak persepsi negatif dan sebagai pembaca juga akan
terus menganggap saya berniat menukar agama semata-mata atas dasar untuk berkahwin.
Tinggalkan dulu masalah dengan keluarga kerana secara peribadi saya yakin keputusan saya
untuk menukar agama akan dapat diselesaikan walau apa jua situasinya.

Semenjak perkenalan dengan L,hubungan kami semakin baik kami selesa dan tampak serasi
untuk akhirnya berumahtangga dan hidup bersama.
Berasal dari sebuah negeri di Malaysia Timur,saya sudah lali tinggal berjauhan dengan keluarga.
L pada suatu ketika beberapa tahun menetap di utara sehingga berkhidmat di sebuah tempat
yang lebih dekat dengan keluarganya.
Berdekatan dengan keluarganya membuka ruang untuk saya lebih mengenali L termasuk
orang tua serta sanak-saudara kerana kami sering berkunjung ke rumahnya.
Kunjungan yang kerap,mengenali orang-orang di sekeliling L mengeratkan hubungan saya
dan ahli keluarga L.
L menghadapi masalah keluarga yang agak meruncing dan berlarutan sekian lama.
Usaha L untuk menyelesaikan masalah keluarga sering kali melibatkan saya secara
langsung dan tidak langsung.
Kini saya mula menilai keperibadian L dalam menangani dan berhadapan masalahnya.
Dalam menyelesaikan masalah yang kian berlarutan L tampak semakin terdesak sehingga
mengabaikan soal halal atau haram(maaf jika sebagai seorang bukan muslim,penggunaan istilah
ini tidak sesuai).
Apapun,umum pasti setuju dengan hakikat setiap insan walau apapun agama dan pegangan,
mereka tidak sesekali diajar untuk mementingkan diri-sendiri sambil mengabaikan soal
kemanusiaan,sosial,perasaan,prinsip dan sebagainya.
Kadang-kala dalam tidak bersetuju dengan tindakan L,saya akur demi menjaga hati dan perasaannya.
Dalam pada masa yang sama menjaga hubungan kami.

Namun,akhirnya kini saya terus buntu dan keliru.
Saya bergelut untuk memeluk islam demi menjaga hubungan dengan keluarga.
Sebaliknya,semakin mengenali L dengan sikap dan perwatakannya membuatkan saya hilang
keyakinan.
Sebagai insan yang bakal melalui pengalaman baru,agama baru,cara hidup yang baru dan segala-galanya
baru,saya memerlukan lebih panduan atau tunjuk ajar.
Mungkin situasi sebenar tidak dapat disampaikan dengan begitu baik dan jelas demi tidak menjatuhkan imej
dan maruah.
Secara kias dan umum saya dapat rasakan L sangat mementingkan diri sendiri,terdesak sehingga lupa
membuat pertimbangan yang wajar dalam menjaga hubungan kemanusiaan dengan insan lain di sekitarnya.

Pembaca harap memberikan pandangan dan amat dihargai.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)