Anak sulung meninggal, suami berubah. Mengandung ke-2, suami masih ada "teman tapi mesra".

Admin
0

Salam,

Mungkin kisahku ini nampak biasa dan tidak remeh, tapi hakikatnya daku kini sudah tidak mampu untuk menghadapinya...

Sebagai pengenalan, daku sudah berkahwin dan kini sedang mengandung anak yg kedua.perkahwinan adalah atas dasar cinta...pengenalan yg bermula dari alam cyber..aku menerima dirinya seadanya, bukan mahu mendabik dada tapi jurang antara daku dan suami adalah tersangat jauh..aku seorang graduan tetapi dia hanyalah lepasan SPM, daku dari keluarga yg senang tapi dia sebaliknya, keluargaku mendidik daku dgn ilmu agama yg sepatutnya tetapi dia hanyalah tau2 sahaja..memang pd permulaannya keluarga ku sukar untuk menerima dirinya tapi akhirnya mereka restui juga perkahwinan ku mungkin dgn berbekalkan keyakinan yg suamiku ini boleh menunaikan apa yg dijanjikan di depan mereka...akhirnya kami berkahwin.

Dan episod duka ku bermula apabila dia tidak lagi berkerja selepas perkahwinan kami..dan aku mengambil alih tugas2 rumah tangga seperti membayar ansuran kedua2 kereta, sewa rumah, keperluan rumah tangga dan memberinya duit belanja dgn harapan yg dia akan berusaha untuk mencari pekerjaan dlm masa terdekat. dan aku tanpa rasa curiga mempercayai yg setiap kali dia keluar rumah dari pagi hingga ke malam adalah alasan untuk mencari kerja..dan tanpa aku sedari yg suami ku ini bukan mencari kerja tapi mencari "teman mesra" di luar sana..semuanya ku ketahui apabila aku berkesempatan membelek SMS di dalam hpnya..sungguh luluh perasaan apabila mengetahui bahawa dia berlaku curang padaku.sebagai yg masih rasional daku mengambil keputusan untuk berdepan dan berbincang dgnnya dan akhirnya dia berjanji yg dia tidak akan mengulangi perbuatannya lagi..

Setelah 3 bulan berkahwin dan akhirnya aku disahkan mengandung.Alhamdulillah tapi episod duka ku pun berterusan.ku sangka dia benar2 telah berubah tetapi tidak..setelah hubungannya dgn yg terdahulu telah ku ketahui..dia mencari pula yg lain..dan yg plg pilu apabila dia mula meminjam duit dari "teman mesra"nya untuk menutup helahnya yg kononya dia sudah mula berkerja..sehingga pada satu hari abang kepada slah seorang "teman mesra"nya dtg mencarinya di rumah dan mula menggugut dirinya..aku yg tidak tahu kisah sebenarnya dgn berat hati membenarkannya menggadai gelang emas ku utk melunaskan hutang tersebut setelah aku tiada lagi wang.Selepas itu sekali lagi aku berhadapan dgnnya dan sekali lagi dia mengaku yg kesalahnya dan berjanji akan berubah..demi memikirkan anak aku terima janjinya tapi dgn hati yg mula tawar..kesempitan hidup masih lagi berterusan dan aku juga sudah tidak mampu menanggung hutang dgn pihak bank seperti credit card dan juga ansuran kereta..sehingga pada satu hari kesusahan ini tidak lagi dapat aku simpan seorang diri. daku mengadu kepada kedua ibu bapa ku dan mereka mula membantu dgn memberi aku pinjaman duit setiap bulan jika aku meminta..tapi sebagai seorang anak sampai bila aku harus menyusahkan ibu bapaku dan sampi bila mereka harus menanggung kami disebabkan kemalasan suamiku sendiri yg nmpaknya masih lagi tidak sedar diri dan malu..akhirnya ibu bapa ku mencadangkan aku menyerahkan keretaku kepada adik ku untuk disambung bayar dan aku akhirya menyertai program di bawah AKPK kerana tidak mampu lagi berhadapan dgn pihak bank yg semakin hari mengejarku kerana hutang2 ku ..namun suamiku masih lagi tidak berubah..masih lagi tidak berkerja, masih lagi ada "teman mesra" dan lebih suka melepak dgn rakan2nya dan meninggalkan aku seorang diri di rumah dlm keadaan berbadan dua..dan pada satu tahap kesabaran ku sudah habis dan aku mula berfikir utk berpisah dgnnya, kami mula bertengkar dan tidak kuketahui yg suamiku ini juga sebernya seorang yg panas baran..pada ketika ini kehidupan ku adalah dipenuhi dgn ketegangan, aku terlalu stress..dan tidak ku ketahui yg punca ketegangan ini akhirnya membawa akibat kepada kandunganku..

Setelah cukup bulan 9 bulan mengandung aku pun selamat melahirkan seorang anak perempuan yg comel dan ku harapkan dgn kehadiran anak ini dia akan insaf dan berubah..dan betul dia berubah..sudah mula bekerja dan mula menunjukkan sedikit tanggungjawab..namun Allah lebih mengetahui dan lebih menyayangi anak itu..setelah 18 hari anak itu kembali kepada Allah disebabkan radang paru-paru..dan kami sekeluarga redha dgn ketentuan ini dan mula menginsafi diri sendri mngkn selama aku mengandung banyak perkara yg tidak elok berlaku sehingga anak yg ku kandung menjadi lemah antibodinya..dan selepas kehilangan anak tersebut dan menyedari yg byk kesalahan yg telah kami lakukan akhirnya kami sepakat untuk memulakan lembaran hidup yg baru..berjanji utk mengubah sikap buruk kami dan dia juga sekali lagi berjanji dgn kedua ibu bapaku yg dia akan menjagaku dgn lebih baik..dan dia berubah..rajin berkerja, sudah mula mengulurkan duit kepada ku, sudah mula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam..aku bersyukur dan gembira dgn perubahannya.

Namun ku sangkakan panas hingga ke petang dan tapi hujan pula di tgah hari..kini sikapnya sudah mula kembali seperti dulu...dia masih berkerja dan menggunakan alasan berkerja utk mula mencari "teman mesra", melepak sehingga ke tengah malam dan kadang2 menjelang subuh baru kembali ke rumah..dan yg paling aku sedih kelakuan buruknya ini bermula pada masa aku sdg mengandung sekali lagi..dan aku tidak mahu nasib yg sama menimpa anak ini..kerana inilah anak yg ku tunggu setelah 9 bln anak sulung ku meninggalkan kami..aku cuba bersabar dan sudah bercakap dgnnya dgn cara yg paling baik tapi dia seolah2 tidak berubah dan tidak menunjukkan yg dia akan berubah..

Apakah yg patut aku lakukan? terus bersabar dan membiarkan sahaja dia dgn kelakuannya itu dan terus dalam perkahwinan ini demi anak tetapi tidak ada lagi rasa bahagia..atau haruskan aku berbuat sesuatu utk mencari bahagia ku memandangkan aku masih lagi muda? dan aku juga tidak mahu lagi kehilangan anak ini kerana terlalu menurut perasaan marah yg mngkn hnya memnyebabkan aku memberikan tekanan kepada kandungan ku lagi? dan aku juga tidak tahu mahu mengadu kepada siapa memandangkan ibu bapa ku juga sudah tidak mahu campur tgn di dalam kisah rumah tangga kami selepas anak sulungku meninggal dunia kerana mereka turut merasakan yg mereka juga menjadi penyebab kepada kehilangan anak itu setelah mereka cuba menyelesaikan masalah aku dgn mencadangkan aku berpisah dgn suamiku setelah anak sulungku lahir..aku kini buntu dan tidak tahu mahu berbuat apa..sedih, kecewa semuanya ku rasakan pada ketika ini..

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)