Mak mertua suka fitnah

Admin
0

Masalah mak mentua menfitnah serta memburukkan menantu & suami panas baran, tak boleh dibtegur, masih suka lepak hingga lewat malam dan tak pernah menghargai isteri. Salam.. Saye berumur 22 tahun baru bernikah dalam 11 bln dgn seorang lelaki duda anak 3 yg berumur 25 tahun. Saya seorang yg tak byk ckp dan menurut saja apa yg di suruh, tetapi tiada siapa yg menghargai saya termasuk suami sendiri. Pada mula nya perkahwinan kami di restui tetapi baru 3 bln nikah sudah bermacam masalah yg saya tnggung. Saya bertungkus lumus membuat kerja rumah , memasak, mngemas , dan semua kerja rumah .. Kerana mak mentua kerja. Dlm hati sya mmg tak pernah anggp mentua jahat sbb dpn saya dia mmg baik. Tetapi saya tak sngka sebaliknya lain.

Satu hari, saya terjumpa dgn saudara ibu mentua .. Dia lah dgn ikhlas memberitahu bahawa di belakang mak mntua mengata saya dgn fitnah, dia cerita yg bkn2 ttg diri saya, dia ckp dgn semua org yg saya tak memasak ,xbuat kerja rumah & semua nya buruk. Ketika saya mendengar kata2 ini, saya merasakan bagai di sambar petir. Sampai hati menfitnah saya dgn tuduhan tak betul. Dari hari itu, saya tak dpt nak menegur ibu mentua lagi. Apakah patut saya buat? Kisah suami pula, seorang yg panas baran, saya pernah di pukul sampai mulut berdarah , lebam d badan , lebam d muka.. Pernah di tikam dgn masakan krn memanggil suami sarapan pagi kerana dia syok bermain games dan mrh ketika d panggil sarapan d baling dgn mknan,di pukul, d heret sampai bj koyak, kaki salah urat. Sedih ketika ini tuhan yg tahu. Suami asyik menegking & tak pernah ckp dgn nada lembut, tak pernah membimbing sebagai seorang islam . Marah d ajak sembahyang. Asyik menuduh saya curang dan menuduh tido dgn lelaki lain. Saya sangat sedih dgn hidup saya sekaranng ini. Terkadang terasa ingin mencari seseorang yang boleh membahagiakan diri ini.

Hati ini terasa kuat utk berpisah .. Kerana dah tak tahan hidup ini.. Dah la suami bermasalah malah keluarga pun tidak menghargai saya dan tidak pernah merasakan kehadiran saya hanya kerana saya berasal dr keluarga yg susah. Mntua pilih kasih, kalo adik ipar bawa gf tngal sama tp x pnh di mrh walaupun xbuat kja rumah .. Sbb krn mata d kaburi dgn duit dan taraf hidup sama. Sekarang ni, dlm hati nak kata cerai.. Cerai.. Krn saya rasa hidup dah xda masa dpn.. Suami pun selalu habiskan duit dgn kereta. Bila mrh ungkit nafkah yg dia bg pd saya.. Sedih nya hidup saya. Saya dh tak snggup lg.

Nota: Hidup tertekan? Stress? Tak tahu nak luahkan pada siapa? Anda ada masalah dan gangguan emosi? Luahkan ke kisahrumahtangga@gmail.com. Kami akan siarkan di KRT dan dapatkan pandangan dari pembaca. Identiti anda akan dirahsiakan.

Ingatan: Luahan anda, tanggungjawab anda. Kami tidak akan bertanggungjawab akan kesan dan akibat dari luahan anda. Permohonan untuk delete masalah anda tidak akan dilayan

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)