Mak mertua tak bagi pindah

Admin
0
sy telah berkahwin lebih kurang 5 thn, sepjng perkahwinan ini sy masih duduk sebumbung dirumah ibu & ayah mertua sy. Masalahnya ibu suami tidak membenarkan kami berpindah dr rumahnya disebabkan suami sy anak lelaki tunggal dlm keluarganya. Biarpon kami telah membeli rumah sendiri tp ibunya masih tidak dpt menerima hakikat yg kami ingin berpindah ke rumah sendiri. Sy berasa sgt tertekan dgn keaadan ini, apabila isu berpindah diutarakan mcm2 kerenah akan dibuat oleh ibu suami sy..

Perasaan sedih & bersalah akan timbul bila sy selalu melebihkan & meluangkan masa bersama keluarga belah suami, sedangkan keluarga sy dikg selalu sy abaikan... suami sy tidak dpt nk berbuat apa2, hanya mampu berdiam diri..

kehidupan di rumah mertua tidak sama spt kita dirumah sendiri. ... biar sebaik mana pon menantu, serajin mana pon kita, tidak akan sama seperti anak2nya.. hati & perasaan keluarga mertua asyik sy kena jaga, keadaan ini juga selalu membuatkan sy rasa terpinggir & tertekan dgn keadaan sekeliling..

boleh ke kalau sy & suami berkeras untuk berpindah tanpa mempedulikan perasaan ibunya.. sy takut tanpa keredhaan ibu nya hidup kami akan mendapat kesusahan di kemudian hari.. kerana ibu suami sy ini akan berkata apa saja jika kita tidak mengikut kehendaknya.. hrp dpt membantu..

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)