Pendapatan rendah punca perceraian..

Admin
0

Banyak kajian sudah dibuat mengenai isu perceraian. Isu ini mendapat perhatian khusus banyak pihak, termasuk penggubal dasar kerana statistik kesnya semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Berdasarkan kajian, daripada pelbagai faktor yang menjadi punca perceraian, faktor kedudukan kewangan keluarga didapati menjadi antara faktor utama.

Menurut kajian seorang ahli antropologi Amerika, Gavin W Jones yang dibukukan dalam “Divorce in Islamic South East Asia”, kes perceraian di Jawa Barat, Indonesia mencatatkan penurunan ketara pada dekad 1960-an, 1970-an, dan 1980an setelah berlakunya peningkatan pendapatan isi rumah. Sedangkan sebelum itu, ketika taraf sosioekonomi mereka rendah, kes perceraian di kawasan terbabit begitu tinggi.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengukuhan ekonomi keluarga menerusi perolehan pendapatan yang mencukupi menjadi kayu pengukur kesejahteraan sesebuah keluarga, sekali gus menurunkan risiko berlakunya perceraian.

Dalam konteks Malaysia, statistik kes perceraian bagi tempoh 1990-2009 yang dikumpulkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah seperti Jadual 1 dan Jadual 2.

Statistik penceraian di negara ini ternyata tidak banyak berubah pada era 1990-an hingga dekad ini.

Satu kajian ilmiah pernah dibuat pada dekad 1990-an untuk melihat sejauh mana benarnya faktor kedudukan kewangan keluarga menjadi punca perceraian di Malaysia. Kajian terbabit dibuat oleh lima orang penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan.

Kajian itu lebih memberikan fokus kepada pasangan Melayu. Kajian turut melihat sama ada faktor pendapatan tetap dan pendapatan tidak tetap memberikan kesan kepada punca sesuatu perceraian. Skop kajian berkenaan bertumpu pada perceraian pasangan Melayu di seluruh jajahan di Kelantan bagi tempoh enam tahun, iaitu dari 1993 hingga 1998.

Hasil kajian itu mendapati bahawa faktor pendapatan memang mempunyai hubungan rapat dengan kadar perceraian. Pengkaji menemui fakta bahawa golongan berpendapatan rendah paling banyak terlibat dalam perceraian.

Kajian tersebut sengaja memilih Kelantan kerana dua faktor; pertama, Kelantan antara negeri paling tinggi kadar perceraian di negara ini; kedua, Kelantan ialah negeri paling banyak didiami orang Melayu.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)