Editor harap rahsiakan identiti ;
Salam sejahtera,
Saya sekadar menyampaikan dan berkongsi masalah rakan saya.
Untuk pengetahuan semua pembaca rakan saya berasal dari sebuah negeri di Malaysia Timur.
Memudahkan bicara,saya namakan rakan saya dengan 'M'.
Rakan saya kini berkhidmat di semenanjung sebagai anggota pasukan pertahanan.
Semenjak berkhidmat,M berkenalan dengan seseorang yang saya namakan sebagai 'N'.
Tidak dinafikan sepanjang berkhidmat di semenanjung M berkenalan dengan ramai orang.
Namun bagi M,perkenalan dengan N merupakan lebih istimewa berbanding yang lainnya.
Perhubungan kedua-dua M dan N berlarutan sehingga ke tahap serius dan dianggap pasangan kekasih.
Perhubungan yang lama akhirnya membawa kepada mengenali sebahagian ahli keluarga N.
N berasal dari sebuah negeri di selatan semenanjung.
M beberapa kali yang juga boleh dianggap kerap berkunjung ke rumah N.
Bagi ahli keluarga N,mereka terbuka untuk menerima M kerana masing-masing termasuk N berhak memilih.
Hubungan yang berterusan dan saban tahun menimbulkan persoalan terutamanya pihak keluarga N.
Tidak dinafikan setiap kali diajukan persoalan "Bila lagi nak naik pelamin?" N cuba menjawab yang terbaik.
Walau dalam keraguan persoalan demi persoalan walau berulang kali N cuba sedaya-upaya tidak menghampakan
baik kedua orang tuanya atau saudara-mara yang kerap dikunjung.
Kadang-kala dalam tidak menghampakan N memberikan jawapan yang agak spesifik sehingga dianggap serius.
Ini agak menjejaskan dan menimbulkan situasi tidak selesa bagi M kerana jawapan yang tidak konsisten.
Di antara kedua-dua M dan N pada zahirnya tidak pernah membincangkan dengan serius arah tuju hubungan mereka.
Walau tidak menafikan mereka sekata menterjemahkan hubungan sehingga perkahwinan.
Masalah timbul bila permulaannya saya nyatakan di sini M bukan seorang muslim seperti N.
Sebagai seorang yang bukan muslim,M perlu menimbangkan untuk menukar agama dan melibatkan keluarganya.
Saya sendiri tidak jelas sejauh mana perbincangan M dengan keluarganya berhubung hasrat untuk menukar agama.
Tambahan tiada usaha yang serius untuk proses pertukaran agama sama ada dari M atau N atau keduanya.
Hubungan yang terus berlarutan dan semakin rapat atau intim memburukkan keadaan.
Pihak keluarga N terus mengharapkan sesuatu yang muktamad memandangkan usia N yang semakin meningkat.
M dan N sering berjumpa di kala kelapangan.
Perjumpaan yang kerap dan semakin mesra mengundang perbuatan maksiat tidak terkawal.
Akhirnya mereka terjebak dan pernah beberapa kali melakukan perhubungan sulit.
Setelah berlarutan saban tahun kini M menimbang semula perhubungan dengan N.
Perlukah diteruskan hubungan sedang M masih bergelut untuk memastikan penerimaan keluarga untuk meninggalkan
agama warisan.
Dan dalam masa yang sama perasaan malu dan segan dengan keluarga N.
Ditambah pula dengan hubungan mereka yang pernah terlanjur dan tidak sanggup menghampakan N.
Sekian.