Renovate rumah pakai duit isteri

Admin
0

assalamulaikum...salam perkenalan saya ucapkan...biarla saya memperkenalkan diri saya sebagai xxxxx, merupakan seorang isteri yang baru 5 bln menjalani alam perkahwinan..masalahnye sekarag saya buntu dan tidaktahu membuat keputusan samada memilih antara keluarga atau suami..masalah yang sayahadapi sekarang adalah berkaitan dengan kewangan kerana baru2 ni saya sedang mengubahsuai rumah kediaman dan malangnya baki duit yang digunakan untuk proses pengubahsuaian tidak mencukupi untuk membeli barang dan upah pekerja...pinjaman untuk membuat pengubah suaian dibuat atas nama saya....

sekarang ini y menjadi masalah keluarga mempertikai kenapa saya seorang yang mengeluarkan belanja untuk membuat pengubahsuaian rumah dan tidak mengunakan duit suami sedangkan saya tahu kemana duit gaji suami setiap bln dan mereka mengatakan suami tidak memberi apa2 duit kepada saya...sedangkan hal itu di sebalik yang mereka jangkakan.ayah juga bertekad setelah rumah itu disiapkan rumah itu akan di sewakan dan kami terpaksa mencari rumah sewa sedangkan rumah itu milik saya...alasannya geram sb suami tidak membantu dalam hal tersebut...apa y harus saya lakukan...

mmg saya akui pendapatan saya melebihi daripada gaji suami..suami suruh turutkan kehendak keluarga dia sanggup mengalah sedangkan saya rasa hak saya sekarang tidak ada....sampai suami ckpuntuk redakan suasana skrg dia sanggup kami suduk berasingan saya di rumah keluarga saya dan dia di rumah dia

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)