Setelah 10 tahun berkahwin, suami pasang perempuan lain. Tapi curigakan isteri pula.

Admin
0

Assalamualaikum,

Saya dah pun mendirikan rumahtangga selama 10 thn, selama 10 thn lepas saya dan suami bahagia sangat dan dikurniakan 3 org cahaya mata. Suami bekerja jauh dah hanya akan balik pada hujung minggu sahaja..Hanya saya dan anak2 sahaja di rumah..Masalah mula timbul beberapa bulan lepas iaitu suami telah mengaku bahawa dia ada seorang lagi teman hidup yang hubungan nya dah hampir sebulan. Suami berhajat mengaku hubungan itu kerana dia takut2 nanti ada pihak lain yang akan menceritakan hal itu kepada saya. Saya berasa amat kecewa dan bertanyakan pada suami apa salah saya sampai diduakan begitu..Suami hanya menjawab bahawa saya adalah isteri terbaik buatnya..tetapi dia mengaku bahawa hubungan itu hanya sebagai kawan sahaja..sayang pun sebagai seorang kawan.Tetapi hati saya memang tidak dapat menerimanya. Selama sebulan saya memendam rasa dan bertemankan airmata mengenangkan ada pihak ketiga dalam perkahwinan kami.

Sekarang suami telah berubah dah tidak lagi bersama pasangan nya itu, akan tetapi suami pula mula mengongkong hidup saya sampaikan hp,email saya dia pun korek..hari2 dia check hp bill saya kot mana tahu ada call lelaki lain..kenapa pulak dia nak berubah begitu? Sedangkan dia yang dah main kayu tiga dengan saya sekarang dia mcm nak cari kesalahan saya pulak..Dia selalu sangka yang saya ada org lain padahal saya ada dia seorang saja..Hari2 dia macam ader syakwasangka dengan saya..Ini membuatkan hati saya tidak tenteram..Stress..dia yang dulu main kayu 3 sekarang dia pula nak siasat saya? Tolong la nasihatkan saya aper yang patut saya buat?

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)