Suami aku mengaku terlanjur dengan perempuan lain

Admin
0

Salam,

saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan dengan warga KRT. Perkahwinan saya sedang bermasalah dan saya masih di dalam dilema tak dapat nak berfikir jalan mana yang harus saya pilih.

Setelah 12 tahun bercinta akhirnya pada 2009 kami disatukan. Kini perkahwinan kami mencecah usia hampir dua tahun. Sebelum ini perkahwinan kami pernah ada masalah. Mungkin masih baru dialam perkahwinan. Masing-masing ada silap sendiri. Bagi pihak saya mungkin saya tidak menjalankan tanggungjawab saya dengan sempurna pada suami dan akhirnya saya keluar rumah dan balik ke rumah ibu bapa saya tanpa izinnya. Setelah hampir sebulan saya kembali ke pangkuannya.

Sekarang saya dah berubah dan selalu berusaha untuk buat yang terbaik untuk suami. Kami hidup seperti biase dan segala masalah yang timbul setakat ini kami berjaya selesaikan dengan baik. Suami sendiri mengakui akan perubahan saya dan sekarang dia bahagia dari sebelum.

Tapi baru-baru ini dia dah ter "Kantoi" dengan saya yang dia ada chatting dan berhubung dengan perempuan lain di internet. Bila saya tanya suami cakap yang dia dengan perempuan tu cuma berhubung di internet dan tak lebih dari itu. Saya memang tak puas hati dengan jawapan suami. Setelah dipujuk dan saya desak akhirnya dia mengaku yang dia bukannya 'DIRI' nya seperti sebelum ini sewaktu saya meninggalkan nya dulu. Dia menjadi seorang playboy dan suke mempermainkan perasaan ramai perempuan dan sekarang dah jadi habit bagi dirinya.

Dan perkara yang memang saya susah dan tak boleh nak terima dia mengaku yang dia pernah terlanjur dengan seorang perempuan. Hati saya betul-betul hancur selepas mendengar pengakuan dari suami. Rase semacam jalan hidup saya menjadi gelap. Saya hanya beri kata dua pada suami untuk memilih semua skandal dia atau pun saya. Tapi suami mengaku dia memang tak boleh hidup tanpa saya.

Suami meminta maaf dan berjanji akan berubah. Tapi sejauh mana perubahan dia saya tak tahu. Bukan sekali dia menipu saya walaupun dalam hal-hal yang kecil dengan alasan untuk menjaga hati. Suami mengaku dia memang betul-betul sayangkan saya. Dia sanggup kehilangan semua benda dalam hidup nya kecuali saya. Saya tak tahu apa yang perlu saya buat sekarang dan jalan mana yang terbaik untuk saya pilih. Kalau dulu saya menyayangi suami dengan sepenuh hati tapi kini kasih sayang saya pada nya hanya separuh hati.

Harap warga KRT dapat memberi semangat dan pandangan untuk saya.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)