Suami setuju belikan rumah RM250k untuk mak dia

Admin
0

Salam,

Saya mempunyai masalah dengan keluarga suami saya. Saya telah berkahwin dengan suami saya selama 3 bulan. Keluarga mertua saya mempunyai sikap suka mengawal kewangan suami saya. Keluarga merta saya tidak lah kaya mahupun mempunyai sebarang harta. rumah pun sewa lagi sedangkan sudah bertahun pencen. Keluarga saya walaupun begitu, masih ada perasaan suka beli barangan mewah, makan tempat mahal dan suami saya kena bayar untuk semua. Suami saya hanya melayankan sahaja.Saya selalu bertelagah dengan suami saya cara untuk menguruskan wang. Baru-baru ini mak mertua ingin beli rumah, Harganya Rm250k. Suami saya pula macam bersetuju. Saya rasa harga itu sangat mahal untuk ayah dan mak mertua saya dua sahaja yang duduk.Kami telah membuat perancangan bahawa saya ingin membina rumah banglo di tanah milik saya dengan harga rumah itu. Saya sarankan supaya beli rumah yg agak berpatutan kerana hanya dua orang sahaja yang akan tinggal disitu.

Saya sudah mempunyai perancangan yang baik untuk keluarga kami tapi maknya selalu mengaggu perjalanan hidup kami. Tolong saya bagaimana untuk memberi nasihat kepada suami yang kami harus bersatudalam hal ehwal rumah tangga..

Yang terganggu

(diharap semua maklumat saya dapat dirahsiakan)

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)