Suami tak pernah bayar nafkah sesen pun

Admin
0

Salam buat warga KRT....

Saya ingin meluahkan masalah yg telah lama terpendam sejak saya berkahwin selama 4 tahun.Suami saya bekerja sebagai pemandu lori.Kami juga masih belum dikurniakan cahaya mata.

Semenjak 2 tahun kebelakangan ni, suami saya selalu bersikap tak jujur dan tak amanah terhadap tanggungjawab dia sebagai penaggung nafkah.Setiap kali dia mendapat gaji tak pernah pun dia hulurkan duit belanja untuk saya.Malah dia selalu menyembunyikan wallet bila dapat duit banyak.Mentang-mentanglah saya ni berkerja jadi dia tak pernah nak ambil peduli sama ada saya ni ada cukup duit utk makan pakai.

Saya cuba menegur perangainya.Dia sedar sekejap dan berjanji manis akan memberi wang perbelanjaan dan ansuran kereta setiap bulan kepada saya.Tetapi belum sempat dia melunaskan janji duit gaji dia terus habis lesap entah ke mana.Saya pun bingung bila memikirkan ke mana dia melabur duitnya setiap bulan.Sehinggakan ansuran kereta yg hanya sebuah pun dia selalu tunggak dan meminta saya yang membayarnya.Kadang2 bila dia teringat dia akan hulur sedikit duit.Kemudian esok lusanya, bila dia nak guna duit dia akan meminta semula dgn saya.Dia juga tak perlu membayar duit rumah kerana kami menumpang di rumah ibunya.Walaupun dia belum ada tanggungan anak tapi duit gaji dia sentiasa tak cukup.Dia selalu meminta duit poket dgn saya utk makan minumnya.Setiap bulan gaji saya sentiasa habis kerana asyik menghulurkan bantuan kewangan kepada suami saya.

Bila saya bersikap tegas dgn meminta duit ansuran kereta ada saje alasan dia beri..gaji tak cukup sbb kena potonglah, pihak bank bekukan duit lah, bagi ganti rugi sbb terlanggar kereta orang lah, tolong kawan terdesak guna duit masuk mahkamah lah dan macam-macam lagilah alasan yang tak tahu sejauh mana kebenarannya atau hanya rekaannya semata2.Saya memang tak percaya sepenuhnya segala perkataannya.Pernah saya selidik dgn pejabat majikannya sama ada pernah ke gaji suami saya kena potong atau duit kena tahan dgn bank tapi mereka menafikan.Kesudahannya saya sendiri yg makan hati dan sakit jiwa sebab ternyata segala ceritanya hanya palsu belaka.Bila saya membongkar segala helahnya dia akan mengamuk dan memaki hamun saya sesuka hati.

Sehingga sekarang dia masih belum nak berubah sbb dia masih lalai dgn tanggungjawabnya.Kali ni saya nekad tak akan bantu dia walau sesen pun sbb dia betul2 dah pijak kepala saya.Saya rasa menyesal kerana berkahwin dengannya seperti ditindas seumur hidup dengan sikapnya yang panas baran, suka berbohong dan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami.Saya tak nak sia-siakan hidup saya.Telah banyak peluang dan kesabaran yg saya pertahankan dgn harapan dia akan berubah satu hari nanti.Perlukah saya adukan masalah saya ke pejabat agama?Adakah cara lain yg boleh sedarkan suami saya?

Dari isteri yg tertekan

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)