Suamiku tak solat. Tak pandai urus kewangan.

Admin
0

saya telah berkahwin hampir setahun,tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Untuk pengetahuan pembaca,kami telah bercinta lebih dari 5 tahun,dan kini kami berkahwin. sejak berkahwin sehingga kini,saya dan suami tinggal berasingan kerana tempat kerja kami yang agak jauh,tambahan pula si suami belum dapat menyewa atau membeli rumah untuk kami tinggal bersama. suami tinggal bersama kawan2 bujangnya,dan saya tinggal di kampung bersama ibu dan bapa saya. suami akan pulang seminggu sekali untuk berjumpa saya dan family di kampung. hubungan saya dan suami ok seperti biasa walaupun sesekali dilanda masalah. apa yang menyedihkan saya,suami tidak bersolat.apabila pulang ke rumah ibu bapa saya,banyak masanya dihabiskan dengan bermain game dan juga tidur di dalam bilik.sehingga saya malu berhadapan dengan family sendiri dengan sikap suami yang sebegitu. setiap kali solat,saya tidak lupa berdoa untuk kebahagiaan rumahtangga,dan juga minta tuhan bukakan pintu hati suami untuk bersolat kerana saya tahu, sekiranya dia menjaga solatnya,insyaallah dijauhkan dari segala godaan dan juga diringankan beban masalah.

boleh dikatakan suami berpendapatan agak lumayan berbanding saya, tetapi sejak berkahwin sehingga kini, suami saya sering ditimpa masalah yang tidak putus2.semuanya berkaitan dengan kewangan. selesai satu masalah,datang masalah yang baru. dia juga sering membelanjakan pendapatannya untuk sesuatu yang saya rasakan tidak perlu sekiranya tidak mempunyai duit yang berlebih lebih seperti mengubahsuai keretanya. sehinggakan sepanjang tempoh perkahwinan,hanya 2 atau 3 kali sahaja dia memberikan nafkah perbelanjaan kepada saya disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi. seolah2 saya merasakan diri saya masih ditanggung oleh keluarga walaupun sudah bersuami. saya tidak mengharapkan sangat duit perbelanjaan dari suami kerana saya juga bekerja dan boleh menyara hidup sendiri.tetapi, di sini saya terfikir di mana tanggungjawabnya sebagai suami dan saya juga malu dengan family sendiri. duit perbelanjaan untuk ibunya sendiri juga sudah lama tidak dikirimkan. pernah 2 3 bulan sebelum ini,saya yang memberikan duit belanja kepadanya di akhir2 bulan. walaupun begitu, di saat dia mempunyai wang, dia seorang yang pemurah,selalu bersedekah dan terlalu senang meminjamkan wang kepada kawan2 yang memerlukan tanpa memikirkan hutang sendiri yang perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti installment kereta,kredit kad dan lain2. akhirnya,hutang2 tersebut tertunggak dan semakin bertambah. dan pendapatannya setiap bulan sentiasa tidak mencukupi kerana membayar hutang yang sentiasa tertunggak. apa yang saya lihat adalah seolah2 dia lebih mementingkan kawan2 lebih dari family. mungkin disebabkan hidupnya yang banyak dihabiskan bersama2 kawan2 (tinggal bersama kawan2 bujang). sekiranya sikapnya terus begini,saya tidak tahu apa akan terjadi pada rumahtangga kami sekiranya mempunyai anak. suami masih tidak pandai menguruskan financial nya untuk hidup berkeluarga. bagi saya,masalah yang dialaminya semua disebabkan dia lupa pada Allah,dia tidak bersolat. Saya sering menasihatinya tetapi tetap tidak berhasil. apakah yang harus saya lakukan supaya suami menjadi lebih bertanggungjawab kepada agamanya dan juga terhadap keluarga..

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)