Thursday, November 10, 2011

Suami tidak mahu solat & tidak menyimpan duit. Patutkah berpisah?


Saya ada masalah yg tidak begitu berat tetapi telah membuat saya keliru dan berada dlm keadaan tidak bahagia sedari awal berkahwin. Suami saya tidak solat. Bila saya ajak dia & tegur dia utk bersolat, katanya dia belum bersedia. Dan kali terakhir saya sentuh bab solat ni, dia warning saya supaya jgn sentuh lagi bab itu. Dia tidak suka katanya. Saya rasa tidak tenang bila mana sblm kawin lagi dia begitu, tidak solat. Begitu juga adik2 nya saya perhatikan. Akhirnya anak kami yg sulung lelaki lahir, dh 4thn sekarang sembahyang ikut saya pakai telekung. Suami tak mahu berubah. Kepada ibu-bapa saya ajukan masalah ini berikutan mereka tidak pernah nampak dia solat pabila pulang ke kampung saya. Akhirnya saya terpaksa berterus-terang hal yg sebenar. Lalu ibu-bapa tidak begitu menyenangi dia lagi.

Masalah lain adalah dia tak mahu menyimpan duit walau sikit. Kalau anak nk sekolah tahun depan, buat loan katanya. Saya jadi semakin tertekan apabila hutang kredit kad semakin bertimbun-timbun & loan dgn bank pun sudah penuh. Masing2 kerja sekarang hanya bayar hutang semata-mata. Dia tak mahu bersusah-susah overtime. Saya cuba mencari duit lebih, tetapi dia malu bila bini dia berniaga. Seolah-olah dia cukup beri makan. Rumah kami mmg lengkap segala-galanya. tetapi hati saya kosong...

Dengan hati yang resah & bebanan kerja di pejabat, saya mengajak dia untuk pergi melancung dlm negara dgn harapan kami dpt membuka hati masing-masing dan mencari jln perdamaian. Namun saya hampa apabila dia langsung tidak mahu & tidak bersetuju. Tetapi dia ajak saya ke KL (shopping complex) tiap-tiap bln saya turutkan aje. Saya minta dia bertolak ansur dlm hal ini dan bersifat adil, supaya dia ikut saya, dan saya boleh ikut dia juga. Dia kata dlm Islam tak ada istilah adil utk isteri.

Saya cuba mengadu ke pej. agama, tetapi tak ada tindakan apa. Lalu saya minta suami dengar kaunseling di pejabat agama. Tetapi dia enggan. Dia tak bersalah & punca segala masalah 100% adalah saya. Selama ini saya ikutkan kehendak dia. dia mendominasi rumahtangga kami. saya tidak pernah membantah & melawan cakapnya. Jadi sekarang saya ingin buat pilihan saya, maka dia tidak suka. Bermakna dlm hidup saya, setelah berkahwin, saya tidak lagi punya pilihan melainkan ikut suami semata-mata.

Sekarang saya sudah tiada rasa cinta & sayang pdnya lagi...saya masih bertahan kerana anak sahaja. Dalam keadaan saya mengharungi masalah ini, hadirlah seorang hamba Allah ini memberi peransang & nasihat buat saya, tetapi dlm diam dia kata dia sukakan saya tetapi tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana saya telah berkahwin & saya ceritakan masalah saya padanya. Bukan kerana dia saya mahu berpaling arah dari masalah rumahtangga saya, tetapi saya mula mendapat kekuatan & ingin mendapatkan kembali prinsip hidup saya. Saya telah solat hajat 3 mlm berturut berikutan hati saya berbelah bagi. Rasa kecewa dgn rumahtangga saya & rasa bahagia apabila ada org lain menyayangi saya...saya minta Allah jauhkan dia dari hidup saya kerana masih ingin selamatkan rumahtangga saya. Tetapi dia seperti didatangkan tepat pada waktunya.

Adakah saya patut berpisah dgn suami & bina hidup sendiri kerana kami sudah tidak sefahaman?

Harap bantu saya yang dalam kebuntuan.

3 comments:

  1. akak x minta tlong fmly dia trutama ibubapanya sndiri... agr mreka blh mnegur ank2nya dgn lbh dekat berbanding mak ayah kita sdiri..

    ReplyDelete
  2. akak pun alami masalah mcm ni. bila rujuk pd keluarga sebelah suami...mereka suruh sy buat keputusan sendiri..mereka xnak campur dlm hal rumah tangga.

    ReplyDelete
  3. akak pun alami masalah mcm ni. bila rujuk pd keluarga sebelah suami...mereka suruh sy buat keputusan sendiri..mereka xnak campur dlm hal rumah tangga.

    ReplyDelete