Aku anak dara 27 tahun masih single. Tak tahu nak buat pilihan.

Admin
0

Assalammualaikum,

Saya sebenarnya nak mintak pendapat, umur saya sudah hampir 27 tahun, saya masih lagi single, mungkin sebab saya ni tembam orangnya. Tapi sejak akhir-akhir ni saya ada kenal dengan beberapa orang lelaki. Masalahnya dieorang ni jauh lebih muda dari saya. Yang seorang ni namanya Man (bukan nama sebenar) umur 21 , kerja technician. Yang seorang lagi namanya Mus (bukan nama sebenar) umur 23 kerja kilang. Saya ni actually penjawat awam dan menjawat jawatan untuk lepasan diploma sahaja. Kedua-dua lelaki ni amat baik, dieorang sudi terima saya seadanya dan diaorang pun bukan jenis nak ambil kesempatan ke atas saya. Sebenarnya saya lebih senang berkawan dengan Mus (23) kerana beliau lebih matang dari Man (21), tapi masalahnya Mus hanya mempunyai kelulusan setakat PMR sahaja dan hanya bekerja kilang dan if kami bersama, mampukah kami hidup bahagia? Saya bekerja di Melaka dan beliau di KL, beliau juga sanggup berpindah kerja di Melaka if kami bersama nanti. Beliau adalah anak sulong dari 6 adik beradik. Beliau selalu nasihat saya dari segi solat dan beliau tetap tak putus asa even saya cakap saya tak dapat terima dia.

Man (21) pula bekerja sebagai technician, anak tunggal dan bekerja di Melaka tapi berasal dari Perlis. Dia ni perangai macam budak-budak sikit. Anak tunggal katakan. Saya pun senang juga berkawan dengan beliau, tapi yang menjadi masalah saya beliau ingin saya ikut beliau pindah ke Perlis setelah kami bersama. Beliau ingin jaga ibubapa beliau yang masih hidup di Perlis. Saya dah decide selagi mak saya hidup saya nak duduk di rumah tu dengan mak, ayah saya dah meninggal. Jadi saya tak tahu apa pilihan yang wajar saya buat. Saya amat perlukan pendapat orang. Saya nak mengadu dengan rakan2 saya malu, saya takut mereka akan ketawakan saya dan cakap saya ni memilih. Tapi tak layak ke saya untuk memlih. Saya taknak keputusan yang saya buat tu salah dan akan buat saya menyesal. Saya pun dah serik nak bercinta dengan rakan sebaya atau yang lebih tua. Sekian. TQ.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)