Isteriku kerja di hotel. Adakah dia curang?

Admin
0

cerita aku begini,aku sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak.Isteri aku bekerja disebuah hotel.Dan aku pula terikat dengan kerja yg memerlukan meninggalkan rumah.Rutin kerja aku biasanya akan meninggalkan rumah selama 2 minggu dan akan cuti 2 minggu.Baru2 ini aku di kejutkan yang isteri aku menceritakan masalah ditempat kerja dia.Dimana kecoh tentang gosip dimana bini aku ada hubungan dengan rakan sekerjanya walaupun berlainan jabatan.Bini aku beritahu aku dengan tujuan takut gosip ini aku dengar dari mulut orang lain.Dan bini aku menafikan sekeras2nya gosip tersebut.

Cerita tentang gosip tersebut disebarkan oleh rakan2 sekerja bini aku,dan bini aku dapat menghidu perkara tersebut.Gosip tersebut telah kecoh di jabatan bini aku kerja.Bini aku tidak menafikan yang dia mmg baik dengan lelaki tersebut tetapi menafikan mereka mempunyai hubungan.Aku pada mulanya menganggap perkara ini sebagai gosip semata2.Tetapi dikala aku memikirnyanya adalah tidak salah utk aku menncurigainya.Layanan isteri aku pada aku pada mata kasarnya tidak berubah.Itu yg aku pelik.Bila aku periksa mssg kt phone dia pun tidak ada bukti menunjukkan ia berlaku curang.Tetapi ada satu ketika tu,sebelum gosip ini tersebar,lelaki itu pernah call bini aku pada malam dlm pukul 900mlm.Kebetulan aku sedang cuti dan aku yg mengambil hphone bini aku tu dan suruh dia menjawab panggilan tersebut.Bini aku seakan terkejut jugak,dan bini aku cuma bertanya sbb apa call mlm begini dan lelaki tu cakap tersilap dail dan dia bertanyakan aku ada kt rumah atau keje.Bini aku bagitahu pd lelaki itu yg aku ada kt rumah dan perbualan mereka habis disitu.

Dan utk pengetahuan semua,sewaktu aku berada dirumah(cuti 2 minggu)tiada menampakkan bukti bini aku curang.Aku sebenarnya keliru sbb kerja aku menyebabkan bini aku ditinggal dgn ank2 dgn tempoh yg begitu lama.Aku takut sewaktu ketiadaan aku mereka saling berhubungan dan bila aku ada mereka berhenti berhubung satu sama lain.Aku pernah tanyakan masalah ini pada kawan perempuan aku yg sudah berkahwin tetapi ada scandal dgn lelaki lain.Jawapannya...perempuan ni mmg pandai berahsia dan pandai menyimpan rahsia...Kalau mengikut pada pemikiran aku yg bodoh ini,manakan mungkin pokok bergoyang kalau tiada angin..aku buntu?

apa yg aku mahu ialah adakah isteri aku curang pada aku?tolong yea...

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)