Aku diceraikan talak 2

Admin
0

Aku difitnah suami

Aku hanya sempat 11 bulan mendirikan rumahtangga dan tidak sempat dikurniakan anak. pada penghujung tahun lalu suamiku telah menceraikan aku... kini jatuh talak kedua. setiap hari ku begitu tertekan dengan sikap rakan-rakan suamiku yang menghasut dan berhati busuk yang ingin memecahbelahkan rumah tangga kami. kini ku telah sah bercerai dengan talak dua... ada masalah lain yang timbul apabila ku memohon nafkah edah dah mutaah... kini baruku tau kenapa suamiku begitu benci kepadaku.... rupanya ada kisah lain disebaliknya... kisahnya rakan suami menjadi mata-mata dalam tempoh bercerai dan menabur fitnah bahawa aku telah ditangkap khalwat....???? dengan siapa ku sendiri tidak tau.... dalam tempoh bercerai ku sentiasa ditemani adik, ibu dan ayah sahaja...... kini perkara tersebut disebutkan di dalam mahkamah... ku tidak gentar kerana ku tidak bersalah..ini bermakna suamiku telah menfitnah aku di dalam mahkamah syariah... apa yang patut ku buat kini... hatiku hancur dengan tuduhan tersebut... kerjayaku hampir musnah... kini kes tersebut sedang berlangsung... rupanya sahaja yang elok tapi tak ada akal untuk berfikir.... dulu ku kenal dia tanpa apa-apa... ku bantu dia berdiri dan menapak seterusnya berjaya... ini balasan yang kuterima... syukur ku masih bernyawa... alhamdulillah...

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)