Aku duda anak 3. Isteri baru tak layan anak2 aku.

Admin
0

Saya baru berkahwin pada akhir bulan 12 tahun lepas... saya ini duda anak 3... anak-anak saya semua duduk dengan bekas isteri saya.Masalahnya isteri baru saya ini tidak mesra dengan anak-anak saya.Kalau nak bandingkan mesranya dia dengan anak2 saudaranya. Tanya khabar anak pun tidak. Sedekah duit jauh sekali. Anak-anak saya sahaja yang berkirim salam dengan dia dan bertanya khabar.Apahal sebelum kahwin dia sudah berjanji akan melayan anak-anak saya macam anak-anak dia sendiri. cuti sekolah macam ini anak-anak saya nak datang ke KL nak duduk dengan saya selama beberapa hari . Berbagai alasan yang isteri saya berikan.Seperti cuba menghalang niat anak saya itu. Raut wajahnya tidak melambangkan kegembiraan.Pedih rasa hati hanya Tuhan aje yang tahu.Bila perkara macam ini saya ketengahkan untuk dibawa berbincang, keputusannya hanya membawa perbalahan .Sayup hati bila terbayangkan wajah anak-anak saya. Apakah yang perlu saya buat????

Yang Penyayang

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)