Aku isteri yang ketagih pil khayal

Admin
0

Assalamualaikum,

Aku hanya ingin minta nasihat,pendapat,mungkin kata2 hikmah yang boleh membuatkan aku berubah kerana aku benar-benar ingin berubah.Aku sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.Aku mula terlibat dengan pil khayal selepas sekolah menengah.Aku sudah cuba untuk berhenti tapi sukar.Pertama kali aku berhenti sebab aku berkahwin.Selepas melahirkan anakku..beberapa bulan selepas itu aku kembali menagih lagi.Suamiku melarang tapi aku amatlah degil...hanya mahu ikut kata hatiku..suamiku seorang yang lembut hati melarangku tapi terpaksa juga mngikut kehendakku.Kali kedua ku cuba juga berhenti tapi cuma bertahan selama setahun aku kembali menagih lagi sehingga sekarang.Walaupun aku menagih tapi aku tetap menjalankan tanggungjawab ku sebagai seorang isteri zahir dan batin.Aku juga tidak keluar rumah tanpa izin suamiku.Aku juga tidak pergi ke pusat hiburan.Tempatku hanya dirumah bersama suami dan anakku.Cuma aku sukar untuk membuang tabiat burukku ini...diharap ada sesiapa yang dapat memberi nasihat atau cara untuk ku berubah..

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)