Perempuan simpanan suami letak gambar suami aku kat Facebook

Admin
0

Saya telah berkahwin hampir 3 tahun, tetapi masih belum mempunyai anak. Saya bekerja dan boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya saya.

Suami saya juga bekerja, kami tidak mempunyai masalah kewangan. Tetapi masalah utama saya adalah suami saya sering bermain kayu tiga,

Bekas kekasihnya pun selalu menghubungi suami untuk meminta tolong dan berjumpa. Suami memang jenis mata keranjang. Saya cuba menjadi isteri yang baik..

Semua kerja rumah sy lakukan sendiri walaupun penat bekerja seharian. Suami sering berjanji untuk berubah dan berusaha membahgiakan saya.

Tetapi di belakang saya dia tetap menjalin hubungan dengan wanita lain. Saya telah banyak kali beri peluang kepada dia..lebih dari sepuluh kali... tetapi tetap tidak berubah.

Ego menganjak saya berpisah dengannya, tetapi hati berkata sayang. memang saya sayangkan suami, setiap kali dupujuk saya tunduk.... tetapi bila fikir balik sampai bila...??? sampai bila saya mesti sabar dengan karenahnya? hati saya hancur setiap kali perkara ini terdedah.. baru baru ini perempuan tu pun dengan tak malu memasukkan gambar suami saya dan dia dalam facebook dia. Dahla mengganggu rumahtangga orang...tayang kat facebook lagi...orang mcmni pun ada dalam dunia ni??

Saya seba salah untuk berpisah, ibu saya memang x boleh terima kejutan atau tekanan. saya x mahu apa apa terjadi kepada ibu saya, bagaimana keadaannya apabila mengetahui saya ingin berpisah dengan suami saya? owh...x dapat saya bayangkan...saya x sanggup mengambil risiko tersebut...

Tolonglah saya untuk membuat keputusan yg sewajarnya...

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)