Aku izinkan suami kahwin lain, tapi jangan tipu aku lagi..

Admin
0

salam..

Saya mengenali suami dah lama tp perhubungan kami tidak seperti pasangan lain yg bercinta..kawan 2,3 thn putus 3,4 thn jumpa blk bertunang lepas tu putus 3,4 thn jmpa blk 2,3 bulan sambung blk dan terus kahwin. Semasa putus kami membawa haluan msg2 dan berkawan dgn org lain. Saya x th mungkinkah ini jodoh saya atau ini ujian Tuhan utk sy. Sebelum buat keputusan berkahwin msg2 insaf dan menyesali kesilapan sblm ini. selepas keluarga msg2 dtg menyambung kembali ikatan terus dia buat perangai. mcm2 perkataan keluar dr mulut dia...:aku x heran la x kawin ngn ang..ramai lg yg dok tnggu aku.."

mcm2 perkataan yg keluar dr mulut dia. Sy tak mampu nak kt apa2..bl sy bersuara sy kena hentam balik. Demi syg dan cinta sy pd dia sy terus bersabar dan terus telan apa shj yg dia lakukan pd saya. Seminggu lg nak kawin dia kt dia dah xdak ht nak kawin ngan sy..sy menangis merayu kat dia apa2 pun keputusan dia biarlah slps knduri..sgl persiapan telah dibuat. Sampai hr akad nikah nasib baik dia dtg tp mlm berinai dia buat perangai. kebetulan sy ambil jurufoto yg pernah sy kawan tp dia dah kahwin anak dua . sy cm tlg kwn2 shj. tp suami sy marah dia kt kalu dia buat mcm tu apa prsn sy. sy telan lg. sepanjang majlis mlm tu dgn hari kenduri mmg dia buat perangai. ambil gmbr xnak itu xnak ini xnak. sy sabar lg. keesokan hr kenduri di sebelah pihak dia berjalan lancar. kebetulan mlm tu majlis potong kek dan sy bergurau dgn dj karaoke majlis tu kwn sy. apalagi selesai majlis tu dia mengamuk hbs brg dia tendang sehingga berlarutan smpai ke bilik tidur. mcm2 perkatan keluar dr mulut dia smpai la hbs kisah silam dia ungkit seolah2 sy lah yg jahat sy lah perempuan murahan sylah prmpn yg x guna...

smua dia jer yg baik....sy telan lg...sehinggalah selepas menjalani khdpn rumah tangga barulah segala2nya mengenai dia terbongkar...punyalah ramai dia berjanji nak kawin..sepatutnya sy berasa bangga dpt kahwin dgn dia tp tidak..sy terkilan sgt2..knp dia tipu sy..knp dia buat sy mcm ni...spnjg perkahwinan Tuhan tunjuk satu persatu kecurangan dia..mcm2 msj lucah, syg, cnta, rindu pada perempuan2 lain. sedangkan sy tak merasa langsung dengan kata2 itu. saya takut nak bersuara sy telan lg. sepanjang tempoh berjauhan sebelum dpt tukar kerja dia tak heran kalu tak hubungi sy. saya yg terhegeh2 call dia tnya khbr dia, ucap kt cinta rindu syg pd dia. biarlah sy mengalah. tp jgnlah tuduh sy bukan2 jgn lah buat sy mcm sampah. kenapa perlu lg hubungi prmpn2 lain. knp bl sy call ada saja alasan tp bl sy check hset blh plak ms kerja cntct prmpn2 lain x kira bujang, janda, isteri orang.saya dah tak mampu menangis. Kata2 hina dia pd sy dan kecurangan dia yg Tuhan tunjukkan serta bukti2 x mmpu utk sy pertahankan diri sy. dia ttp dgn ego dan merasakan diri dia betul. Ya Allah sy dah x mmpu lg nak lalui ujian ini...

Semua keluarga sy kt sy bodoh...Bgmn prsn isteri lain kalu gmbr2 suami ngn prmpn2 lain lg bnyk dgn gmbr isteri sendiri...dlm laptop, dlm hset...tp sy jadi takut nak tegur...sy hnya mmpu telan sorang2. Yg sy pertikaikan knp bl sy ada jer yg x kena. dia blh kt jatuh talak satu kalu sy msh hubungi salah seorang rakan lm sy yg pernah sy kwn. hr demi hr Tuhan tunjukkan tp sy x mmpu buat apa sehinggalah hmpir 2 thn usia perkahwinan kami. bl berdepan dgn sy dia buat mcm xdak apa dia tunjukkan lovingnya pd sy. tp hakikatnya dibelakang sy dia curang. Knp susah sgt nak mengaku..knp sgl kesalahan hnya sy yg perlu pikul..apa lg yg nak sy buat sebagai seorang isteri sdgkn sgl kemahuan suami sy turuti sdgkn apa yg sy mahu itu x blh ini x blh. saya ikut kalau itu yg blh puaskan ht dia.. tlglah..sy sygkan awk..jgn buat sy mcm ni...sy x mmpu hdp dgn org lain..sy izinkan kalu dia nak kahwin lain tp jgn tipu sy..sy merayu sgt2...sy dah cuba sedaya upayajd isteri yg baik..jg makn minum pakai semua tp apa lg yg x kena..tegurlah sy kalu sy ada buat silap..tp jgnlah seksa sy mcm ni......

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)