Bagaimana proses menuntut cerai?

Admin
0
Saya ada seorang kawan, dia merupakan isteri kedua. Dia telah berkahwin dengan suami di Thailand kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama. Kerana tidak berfikir panjang, dia telah mengikut kemahuan suaminya untuk bernikah di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama. Akan tetapi rumahtangga yang dibina tidak menjanjikan kebahagiaan kepada mereka. Kawan saya kerap ditipu oleh suami, malahan suami telah pun merancang untuk berkahwin lagi - isteri ketiga. Kini dia telah menyedari bahawa tindakannya adalah salah dan ingin berpisah dengan suami. Malangnya, sehingga kini perkahwinan mereka belum didaftakan di Malaysia. Mohon khidmat nasihat dari sesiapa yang mengetahui prosedur untuk membuat cerai taklik sekiranya perkahwinan belum lagi didaftarkan di Malaysia. Apa yang perlu dilakukan? Tolonglah bantu kawan saya. Kesian dia, asyik kena tipu dengan suami saja.

Untuk yang memberi komen, terima kasih diucapkan.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)