Muslim convert

Admin
0
saya ada kemusykilan yang ingin ditanya, ini adalah kisah dari seorang ibu yang saya kenal rapat. suami kepada wanita ini dahulu nya ada lah non-muslim dan berkahwin juga dgn yg non-muslim iaitu perempuan ni, dan telah dikurniakan 3 orang anak. walau bagaimana pun, perkahwinan itu hancur setelah si suami mula ada hubungan dgn perempuan lain. pada masa itu, isteri dia pula tengah mengandung dan terpaksa balik ke kampung tanpa suami kerana suaminya dah lama tak menjenguk di rumah mereka. sejurus selepas isterinya bersalin, baharulah si suami ni balik ke kampung tetapi membawa berita yang mengejutkan. si suami ni telah convert to muslim dan menikah dgn perempuan perak kalau tak silap saya. si isteri ni sangatlah kecewa kerana digantung tanpa tali ditinggal macam tu sahaja, dan si suami juga dah hampir 7 tahun tak balik menjenguk. so, saya nak tahu samada si isteri tu tadi boleh menuntut hak dia atau tidak? saya berasa kasihan dengan 3 orang anaknya yg masih kecil dan masih di bangku sekolah, ibunya pula bekerja siang malam untuk menanggung keluarga. pelbagai usaha telah dibuat untuk menjejak suami tersebut. melalui tempat bekerja pun sudah, naik turun mahkamah pun mcm xde perubahan. saya nak minta pendapat orang2 kat sini, mcm mane nak selesaikan masalah ini. thank u.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)