Wednesday, November 9, 2011

Bapa mertua suka minta duit. Rupanya untuk berjudi!

Askum saya ucapkan pd semua warga KRT..saya ingin berkongsi dilemma dan saya memohon pendapat serta nasihat dari semua..

Saya baru berumahtangga tak sampai setahun..pahit manis alam perkahwinan dah terasa tapi alhamdullilah saya dan suami tetap bahagia bersama apabila dikurniakan cahaya mata pertama kami..Namun hidup mana yang tak ada dugaan..semua ni berpunca dari sikap bapa mertua saya yang asyik-asyik meminta duit.. Memang saya tau yang suami saya selalu beri duit kat bapa mertua dari masa kami bercinta lagi.. Bapa mertua saya ada ladang getah dan buah tapi sejak saya berkahwin dengan suami saya, perangainya makin menjadi-jadi..kalau dulu alhamdullilah bapa mertua rajin turun ke ladang, paling kurang 4 hari seminggu..pulangan untuk sebulan pula nak sampai rm5000..tapi sekarang nak keluar rumah pun susah.. bukan saya nak banding-bandingkan, tapi ibu saya menghidap penyakit Parkinson,pun masih boleh kerja..jadi kenapa pula bapa mertua saya yang selalu cakap dia 100% sihat tak kerja? alasannya malas..

Gaji suami tak besar,cukup-cukup untuk bayar kereta, pinjaman dan makan minum..Kalau dulu duit yang suami saya beri cukup untuk sebulan..tak pernah bapa mertua telefon nak lebih..tapi sejak kami berkahwin, seminggu sekali ada sms dan panggilan telefon untuk suami sebab bapa mertua nak duit..untuk beli motorlah, beli set karaoke barulah, beli part keretalah, beli chainsaw lah, bayar rumah sewalah, macam-macam lagilah..Suami pun beri saja sebab memang saya tau dia sayang kat bapa sampaikan da berbulan-bulan saya tak diberi nafkah untuk belanja anak.. Gaji ibubapa saya cuma seribu lebih..Ibu saya terpaksa menyara abang dan adik saya yang masih belajar manakala bapa saya pula terpaksa menyara anak-anak dari perkahwinan bapa yang sebelumnya..Tapi dalam sebulan nak dekat RM1000 duit yang ibu saya terpaksa berikan pada saya..Sampai bila saya harus tebalkan muka minta duit dengan ibu bapa saya? Dahlah saya tinggal dengan ibubapa saya, belanja makan minum saya dan suami pula mereka yang tanggung..suami pula tak pernah keluarkan duit untuk belanja dpur..Abang saya pun dah banyak kali tegur..Saya malu,betul-betul malu.. Saya nak keja tapi anak siapa nak jaga sebab ibubapa sy kerja..Suami pula asyik-asyik tak izinkan..

Pernah ibu saya beri duit lebih sikit untuk keperluan saya dan belanja anak..tapi kegembiraan tu cuma sekejap bila ada sms dari bapa mertua meminta duit secepat mungkin sebab tak ada duit untuk belanja dapur..sebab terlampau risau, suami cakap nak pinjam duit tu dan beri pada bapa mertua..bila saya cakap belanja anak macam mana?suami pula marah-marah cakap saya ni pentingkan diri..Terus-terang saya katakan, hati saya betul-betul pedih sebab suami anggap saya begitu..dahlah nafkah tak bagi, duit pemberian dari ibu saya lagi diambil..sampai sekarang satu sen pun tak ada suami saya kembalikan..sejak tu ibu saya marah dan nasihatkan kalau ada duit, simpan dan sorokkan dari suami sebab duit tu untuk anak saya bukannya bapa mertua saya..nak beli susu, beli pampers takkan guna kertas kan? Tapi bila suami dah mendesak minta duit, terpaksalah saya hulurkan duit tu untuk bapa mertua..bukan sekali tapi entah dah berapa kali dah..

Saya hairan juga kenapa duit tu tak pandai nak cukup-cukup sampailah hari tu saya tau..Sampai saja saya dan suami saya ke kampung bapa mertua, dia terus minta duit rm300 dari suami.. sebab suami saya pun dah tak ada duit, terpaksalah saya berikan duit simpanan saya..sekitar jam 11 malam saya terjaga sebab terdengar bunyi motor bapa mertua.. bila sy tanya, suami saya terlepas cakap yang bapa pergi berjudi..Nauzibillah..Hati saya sakit betul bila tau..cakap untuk belanja dapur padahal untuk berjudi.. Rupanya dah berbulan-bulan mak mertua tak diberi nafkah..duit belanja dapur pun diberi dari ibu dia..Sudahlah bapa mertua tak beri nafkah, malah menghutang lagi duit ibu mama mertua saya...

Saya diam tapi dalam hati saya betul-betul marah..duit hasil titik peluh ibu saya dijadikan duit haram untuk berjudi..suami saya pula bukan nak hentikan atau nasihatkan bapa mertua malah suami pertahankan bapa mertua saya..suami cakap tak semestinya semua duit saya digunakan untuk berjudi..habis?kenapa tak ada duit untuk belanja dapur?kenapa nak berhutang?sampai bila kami terpaksa tanggung bapa mertua saya??

Apakah benar cakap suami saya yang saya ni kedekut?tak nak tolong bapa mertua sendiri?Tlg beri pendapat dan nasihat ya..terima kasih..

No comments:

Post a Comment