Bercinta 5 tahun. Kahwin 6 bulan, aku kena cerai, gara2 ibu mertua.

Admin
0

kiksah benar yg saya lalui. harap dapat dipublishkan untuk renungan smua orang agar dapat perbaiki kelemahan diri masing2 dan menjadikan kisah ini sbgai ikhtibar. terima kasih,

Kisah benar yg saya alami : suami anak emak. Suami simpan betina, mertua support giler

saya merupakan seorang pelajar di ipta(sem3), berumur 23 tahun,baru berkahwin pada february2010 dengan jejaka berumur 25 tahun dan baru diceraikan pada bulan puasa yg lalu iaitu pada puasa pertama. bercinta 5 tahun, perkahwinan bertahan 6 bulan. sejak dari awal bercinta emak ayah mertua tak suka saya sebab katanye ''saya gemok''.mak mertua saya haji dan hajah.

em, suami seorang yg sangat baik. tapi ibu nya suka masuk rumah saya sesuka hati dengan kunci pendua yang die ada. jujur dari hati saya, saya tak kisah mak mertua datang ke rumah sesukahati. masuklah bebila masa yg ibu nak. makanlah apa yang ada, kalau ada. dan pakailah apa sahaja yang ibu nak. tapi, janganlah sampai nak buat sportcek kat rumah saya. di ubah barang dalam rumah sesuka hati. takkan sampai bilik tidur saya suami isteri ibu nak ubah. buat pengetahuan semua, suami merupakan anak emak. emak bapak sentiasa hulur duit. dah kawen pun, mak ayah jadi banker. barang rumah kami, byk 'disumbangkan'' oleh mak ayah nye. seperti blender, kuali, pinggan mangkok. patutlah pun bila kawen, saya masuk je umah kami, semua dah lengkap. tapi takkan lah kerana itu, saya tidak dihormati. semua nak disportcek. termasuk almari pakaian. bila mengadu pada suami, suami cakap ''takpelah ye, yang. biar je mak ye. mak dah tua''. em, suami saya mmg baik. seorg anak yg sgt baik. tapi, mungkin pada peringkat permulaan saya boleh bertenang. tapi lama kelamaan..boleh ke anda terus bertahan???? di mana peranan suami saya sebagai SUAMI..??? kanan emak, kiri isteri. saya tahu die tersepit, tapi tak ada org lain yg bisa mengubah situasi ini melainkan dia. tapi rumahtangga kami kian goyah kerana die ''terlalu baik'' pada emak...anak emak...

namun begitu, yg menggusarkan saya, bila kami bergaduh suami isteri, suami suka mengadu pada emak ayahnye. sedangkan itu kan hal rumah tangga. privacy suami isteri. patutnya diselesesaikan berdua tanpa campur tangan orang lain. luar dalam semua mak ayah nye wajib tahu. sedangkan pada hemah saya, nanti jap lagi bila kami berbaik suami isteri, kami boleh tidur sama, boleh ketawa ketawa. hubungan kami boleh kembali pada yg asal tapi, bgmainana pula dgn hubungan saya sebagai isteri dengan mertua???? tidak semudah tu hubungan kami boleh dijernihkan. mertua saya seorang yg cerewet. die suka kalau menantu badan cantik, badan kecik, bertudung litup. sopan. semua tu tiada pada saya. saya tidak bertudung. seringkali die marah saya tidak solat. bagus juga bila mertua tegur saya.benda baik. tapi alangkah malang, bila die tidak menyedari bahawa suami saya iaitu anak nya itu langsung tak boleh mengaji. malu bukan..???sedangkan suami sayalah ketua keluarga dan sepatutnya menjadi imam dalam solat kami. saya mungkin tidak mendirikan solat 5 waktu penuh. tapi saya masih tahu solat. sya kenal erti alif, ba ta. saya masih boleh mengaji walau saya tidak seulamak itu. tapi suami, pernah saya mintak die mengaji, langsung tak boleh. saya bukan mengutuk suami.,. tapi kenapa seteruk itu ibu mertua menghakimi saya..???

nak dijadikan cerita, suami kenal sorg pompuan. die cakap pada saya ''ish..abang geram betol dgn sorg pompuan ni yang. berlagak sungguh. ingat die lawa sangat. nak act act. takpe, takpe. tengoklah die nanti lentok kena penangan abang yang power ni''... huh. begitulah permulaan ayat nye untuk memancing kepercayaan saya. jujur, saya gembira dengan ''kejujuran'' suami pada waktu itu. mungkin silap saya juga,saya sering menjadi assistan pada suami untuk reply mesej perempuan tu. tapi jujur, ikhlas, niat saya cuma satu, mahu kekalkan ''kepercayaan'' antara kami. tapi sayang...

tapi sayang... hubungan mereka semakin seriuz. sehinggakan kami bertengkar pada suatu hari. berpunca dari ibunya yang bercakap sesuatu tentang saya. ibunya mengadu pada suami, rumah saya bersepah... barangan dalam peti ais tak bersusun. em, sebab die dah datang rumah kami sportcek. huh. teruknye. sampai itu pun nak diperiksa. saya tak puas hati dgn ibu mertua ..maka alang2 kami tgh gaduh dalam kereta, kami menuju ke rumah mertua.

sampai di sana, saya cakap dgn ibu mertua ttg kebenaran hal itu. ibu berdolak dalih. takpelah. lupakan aje. pergaduhan meleret2 sehingga ke hal betina tu. ibu mertua tanya pada suami ''azam, yang ko cari perempuan lain kenapa..??''...suami menjawab dengan lantang ''sebab azam bosan dengan dia..'' ..langtang sungguh suami saya bercakap. . dan alngkah terkejut bila mertua menjawab ''hah kau dengar tu hana kenapa laki kau ada betina lain. sebab die bosan dengan kau.'' huh.. tak ku snagka ibu mertuaku boleh mengapprove perbuatan anaknye. pergaduhan kami berlanjutan selama 2 minggu. saya di asrama belajar, suami bekerja., saling tak bertegur.

selepas itu saya disahkan mengandung. kami berbaik. dari nak bercerai,tak jadik bercarai dan kami berbaik. suami happy, tapi ada sesuatu dalam hatinya. seperti mengenangkan betina itu. malam itu saya mesej perempuan itu dnegan baik. sya kata saya hamil 5 minggu dan harap janganlah die menganggu hubungan kami. suami dapat tahu.n suami terus menangis teresak2. teruk sgt die menangis. suami katakan pada saya, ''perempuan itu baik yang. hati abg ada dua yang. macamana.''... itu yang suami beritahu, alangkah terkedu saya. tapi saya tak tahu camne dan kenapa saya masih boleh tenang. saya cakap pada suami... wanita itu cuma satua persiggahan je. saya akan buat yg lebih baik dan jadi yg terbaik. malam tu kami tidur, tapi penuh kehambaran.

esoknya die bekerja. dalam 40 minit, saya call. ada call waiting. hati saya mengatakan die sedang on call dgn wanita itu. saya biarkan. selepas 10 minit saya call lagi., masih call waiting. saya terus call berkali2 akhirnya die angkat. saya tanye die berbual dgn sapa. suami cakap ''adalah''. saya tanye siapa., suami kata ''adalahhhh''. saya tanye siapa, suami kata 'kawan''. saya tanya kawan mana, suamai kata ''adalah''. saya ulang lagi kawan mana, suami kata ''kawanlah''. kami bergaduh dan terus bergaduh.dan akhirnya suami kata ''kau tunggu kat rumah, aku balik sekarang. aku nak setel dgn kau''.. em, saya tahu apa erti SETEL pada die. cerai.

sampai di rumah, kami berdua duduk di atas lantai. suami kata die dah takde jiwa pada saya. saya merayu. saya kata jangan lafazkan. suami berkeras mahu lafazkan. sya mntak tolong. sya cakap jgn. saya mengandung. tahun ni raya pertama kami sbg suami isteri. tapi suami tak endahkan. die tetap mahu lafaz. saya kehabisan usaha. kehabisan rayu. akhirnya suami melafazkan kalimah maut itu. ''abang ceraikan sayang dgn talak satu''.

berderau jantung. terkejut. namun, dah terlafaz. tak apalah. ketentuan allah. mungkin die terlupa pada lafaz sakinah yang pernah diucapnya dulu ketika mahu mengambil saya sebgaai isteri nya yang sah. mungkin die lupa, amanah yang diberikan kepada nya supaya tidak melakukan penganyiaan dan menjaga isterinya dengan baik. mungkin saya tiada bapa. kerana itu..die pandang lekeh pada saya. kalau saya masih berbapa, tidak akan semudah itu die menceraikan saya...

dia memohon maaf kepada saya atas semua kesilapan yg die lakukan di belakang saya. saya tanye apa die buat belakang saya. suami beritahu die pernah jumpa perempuan itu, amik anta ke ofis dan pernah pegang2 tangan dgn perempuan itu dan perempuan itu adalah teman wanita die. em, mmg pandai suami saya sembunyikan perhubungan mereka. dan suami mengaku, die dah bawak balik perempuan itu jumpa mak ayah mertua kami. salah ke jika saya simpulkan bahawa, suami saya ada hubungan dgn perempuan tu, dan bawak balik prempuan tu jumpe mak ayah nya ketika saya masih isterinya yg sah..???salah kah jika saya katakan, suami telah mengkhianati perkahwinan ini..mengkhianati kepercayaan yang saya berikan kepadanya..??? juga tidak saya tak sangka ibu mertua saya sboleh memberi respon seteruk itu. patutkah die ''approve'' perbuatan suami saya yg terang teranga curang. tapi tak apa, suami taat pada ibu, mungkin ada bahagian untuknye sebagai anak yg soleh.

di sini, saya ingin menyeru kepada semua org. kepada para isteri, saya berharap, sama2 lah kita menjaga rumahtangga dan insan yg tercinta. keluraga kita. jadikan kisah saya sebagai teladan. dan kepada para suami, si kiri ibu di kanan isteri. jadilah seorang yg matang. sekali anda melangkah ke alam perkahwinan, anda harunglah segalanya sendiri bersama suami. tak cukup makan pun, tak cukup duit pon, tanggunglah berdua. cari jalan. tapi bukan dengan meminta bantuan ibu bapa. jika pergaduhan suami isteri berlaku, anda bincang berdua. jangan suka mengadu pada ibu bapa. ingat semua, semakin banyak orang yg terlibat dalam hal rumah tangga kita, semakin rumit masalah itu. bila dah ok, kita dan isteri boleh happy, masih tido sekatil. tapi hubungan isteri dan mertua tak semudah itu boleh dijernihkan. ...

kePada suami, fikir2 kan peranan anda. anda adalah pemimpin, ketua keluarga dan ketua,imam dalam salat isteri.

wahai para suami sekalian....isteri bukan nikmat semata, tapi adalah anugerah dari allah swt.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)