Suami aku lelaki PALING JAHAT yg pernah aku kenali

Admin
2

Assalamualaikum...kisah saya ini ingin dikongsi setelah membaca kisah :

Masalah #97: Suami aku lelaki PALING JAHAT yg pernah aku kenali

ingin saya berkongsi kepadanya bahawa kisah saya tak jauh beza darinya. Malah lebih rumit.

Saya berumur 27 tahun dan telah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun dan dikurnianya seorang cahaya mata lelaki berumur 3 tahun. Saya mempunyai seorang suami yang sangat mencabar kewibawaan saya sebagai seorang isteri. Walaupun pada dasarnya kami berkahwin atas dasar suka sama suka.

KEBURUKAN:

1) Suka sangat berjudi - main nombor ekor, main kuda

2) Kurang mesra dengan saya dan anak

3) Sentiasa tiada di rumah - lebih suka keluar dengan rakan2 sehingga lewat malam/pagi

4) Sangat jarang membawa anak isteri beriadah - jika saya perlu membeli-belah atau mempunyai urusan, saya perlu uruskan sendiri dan membawa anak bersama

5) Membiarkan saya bersendirian di rumah dan membuat hal sendiri

6) Tidak suka menziarahi saudara saya atau saudaranya sendiri. Apatah lagi pergi ke majlis perkahwinan rakan2 saya.

7) Kaki perempuan - (sejak dari zaman percintaan lagi, ingatkan berubah selepas berumahtangga, rupanya lagi teruk!) menipu perempuan sini sana kata belum berkahwin, melakukan hbgn terlarang dengan mereka, menipu duit mereka, pertama kali saya mendapat tau dia curang adalah ketika saya sedang mengandung 5 bulan anak pertama, kemudian dia curang buat kali kelima ketika saya mengandung 3 bulan anak kedua dan akibat tekanan yang teramat sangat, saya keguguran.

8) Mempunyai akaun facebook yang tipu semata untuk mencari lebih kenalan perempuan

9) Melayan GFs die jauh lebih manja dan baik dari saya - dibelinya hadiah dan dilimpahkan dengan pelbagai barangan walhal isteri sendiri "trying to make ends meet"

10) Tidak pernah memberi sebarang bentuk nafkah zahir

11) Sentiasa membebankan saya - membuat hutang atas nama saya sehingga saya x mampu nak menanggung beban hutang (saya seorang PTD dan bergaji melebihi RM3k, tetapi semuanya habis kerana membayar hutang yang bukan kehendak dan keperluan saya. Semuanya untuk membantu dia. Tetapi satu sen pon die xpernah bayar n bantu saya selesaikan)

12) Kuat berhutang sana sini tetapi susah nak bayar

13) Tak abes2 pinjam duit saya yang dah xde pe2 tu n pernah mengeluarkan duit dari ATM akaun saya tanpa pengetahuan semata untuk belanja keluarga GF die makan besar

14) Barang kemas saya dan ibu mertua selalu hilang

15) Menggunakan kenderaan yang dibeli atas nama saya dan saya yang bayar seperti harta sendiri - setiap kali saya dan anak perlu ke mana-mana, kami perlu meminjam kereta ibu mertua sedangkan dia sibuk menggunakan kereta saya untuk bersuka-ria sehingga malam dan membawa GF die ke sini sana tanpa rasa bersalahpon...

16) Seorang perokok tegar sehingga tidak mampu menahan diri untuk tidak merokok di hadapan anak walaupun anak saya seorang ATHMATIC

17) Seorang yang sangat panas baran - asal diajak berbincang saya dikasari, dipukul, diherdik, dihina dan dicaci (pernah saya dipukul hanya kerana saya cuba mempertahankan perkahwinan saya dengan menghubungi GF die utk berbincang secara baik sehingga ke satu tahap bapa saya sendiri membawa saya ke balai polis untuk membuat laporan)

18) Tak pernah menyentuh tikar sembahyang apatah lagi bawa saya berjemaah sekali - bila disuruh, disuruhnya saya pula yang jangan tinggal sembahyang kerana dosa saya tak sembahyang dia yang tanggung sedangkan dosa die x sembahyang die tanggung sendiri

KEBAIKANNYA

1) Bila rumah dah sangat menyemakkan pandangan die kerana saya xde mase nk kemas, dia adelah kemas walaupun x rupe mcm berkemas 2) Dia masih membeli susu dan pampers anak walaupun itu saja yang die beli pon

3) Sangat handyman dan rajin menolong orang lain yang dalam kesusahan

4) Hormat orang tua

5) Cepat tenang bile bergaduh macam x pernah jadi pe2

6) Tetap memanggil saya 'sayang'

Memang x banyak bezanya cerita saya dengan penulis sebelum ini. Cuma suami saya tu pernah naik tangan dan kami mempunyai seorang anak. Saya masih mampu bertahan sejauh ini. Tetapi, hati saya sudah tidak cukup kuat untuk terus menempuh hari mendatang. Dari kecil saya telah diuji olehNya. Saya kehilangan seorang ibu pada umur 13 tahun. Bapa saya berkahwin dengan seorang wanita yang menganiaya saya dan macam-macam lagi. Saya ingat die penamat kisah sedih saya setelah berkahwin dengannya. Tetapi rupanya mimpi ngeri saya baru bermula.

Kalaupun saya ada membuat salah, adakah ini caranya untuk dia membalasnya? Dia mungkin mampu menjadi seorang menantu yang baik. Tapi die sememangnye bukan seorang suami yang baik. Sebanyak 3 kali saya berulang ke pejabat agama. Sehingga die turut membuat aduan bahawa saya curang walhal sebenarnya saya sedang bertugas. Bila saya dipanggil untuk memberi penjelasan dia halang saya untuk pergi. Buat pengetahuan semua. Saya sudah sedia untuk menfailkan fasakh.

Tetapi saya tidak cukup kuat lagi. Saya sentiasa memikirkan mengenai keluarga lebih daripada diri sendiri. Apa akan jadi pada anak saya. Bagaimana keadaan keluarga saya untuk berhadapan dengan masyarakat. Akan tetapi, sampai bila harus saya memikirkan tentang orang lain. Bila lagi perlu saya pikirkan tentang diri saya pula? Sila beri pendapat. Adakah kita perlu mencari pasangan yang disukai orang atau pasangan yang kita suka?

Sekian.

Post a Comment

2Comments
  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt..
    tersentuh saya membaca kisah Puan di atas..kisah saya juga lebih kurang sama, bezanya saya baru berkahwin kurang setahun dan masih belum mempunyai anak. Bukanlah tujuan membuka aib sendiri namun isu rumahtangga seperti ini seakan tiada penghujung. Cuma wanita yang cukup sabar mampu bertahan. Sifat suami dan saya sendiri yang tidak matang mungkin menjadi punca perpisahan kami

    Latar belakang suami:
    SPM, Penyelia di dalam bidang f&b, Seorang yang sangat suka barang berjenama
    Seorang yang sangat ramai kawan, tua muda, kecik besar, semua golongan didekatinya tapi rasanya cuma golongan berada dan mampu memahami hobi dan perangai liarnya

    Sebelum berkahwin:
    1) Saya difahamkan suami seorang yang suka ke kelab malam, minum arak dan berzina.
    2) Suami seorang yang panas baran, tidak suka bertolak ansur walaupun dengan perempuan
    3) Suami seorang yang pentingkan diri dan sanggup meminta wang dari saya untuk membeli kasut bola (semasa itu kami hanya bertunang)
    4) Kononnya suami amat sayangkan ibunya dan sanggup mengutamakan ibu dari pekerjaan
    5) Semasa mula berkenalan, hampir setiap hari diajak saya keluar, makin lama makin kurang hari nya berjumpa

    Selepas berkahwin:
    1) Suka sangat pulang lewat malam, alasannya kerja, sedangkan saya dikhabarkan suami tak pernah berubah, masih ke kelab malam, minum arak dan berzina
    2) Kurang mesra dengan saya, ibu bapa saya, saudara mara, dan kawan2 saya. Malah langsung tiada inisiatif untuk mengenali mereka
    3) Sentiasa tiada di rumah - lebih suka keluar dengan rakan2 sehingga lewat malam/pagi
    4) Sangat jarang membawa saya beriadah - jika saya atau ibunya perlu membeli-belah atau mempunyai urusan, saya perlu uruskan sendiri dan membawa ibunya ke mana saja yang diingini
    5) Selalu membiarkan saya bersendirian di rumah dan membuat hal sendiri
    6) Tidak suka menziarahi ibu bapa saya, saudara saya atau saudaranya sendiri. Apatah lagi pergi ke majlis perkahwinan rakan2 saya. Suami cuma akan ikut kehendak kawan2 tak kira waktu atau penat
    7) Selalu inginkan saya membeli sesuatu untuknya, baju CK, hp Galaxy Note etc, rasanya dia anggap saya bank negara
    8) Melayan kawan2 perempuan jauh lebih manja dan baik dari saya, walhal isteri sendiri "trying to make ends meet"
    9) Menjadi seorang perokok tegar selepas berkahwin, walaupun sudah diberitahu saya tidak tahan dengan asap rokok. Rasanya dia bukanlah perokok tegar sebelum kahwin tapi semakin saya tegur dan nasihat untuk berhenti, semakin melampau jadinya (lumrah lelaki, maaf ya!)
    10) Seorang yang sangat panas baran - asal diajak berbincang saya diherdik, dimarahi dan dikatakan cerewet dan tidak memahami
    11) Tikar sembahyang tak tahulah setakat mana disentuhnya. Yang saya tahu, saya yang perlu kejutkan dia untuk solat subuh, bila dikejut berkali2, mulalah tinggi suaranya nak marah. Bila dah dikejut tak bangun, saya pun biarkan saja. Siangnya mulalah tanya pada saya kenapa tak kejut solat.
    12) Menceritakan segala hal yang berlaku di dalam bilik tidur kepada ibunya. manakala ibunya pula menceritakan kepada kawan baik ibunya (wedding matchmaker) yang juga kawan baik ibu saya.
    13) Pernah meminta berkali2 untuk meliwat saya, bila saya katakan itu haram, responnya, "iya ka?" alhamdulillah saya selalu dapat mengelak. Mungkin sebab itu saya diberitahu oleh kawan yang rapat dengan suami bahawa suami mengadu tidak puas dengan saya. Saya tak pernah merasa menyesal atau bersalah menolak permintaan suami dalam hal ini. Mungkin dia terlalu jahil dan hanyut dalam arus kemodenan sehingga melupakan asal usul nya dan tanpa bimbingan ibu bapa juga dia tidak pernah berasa bersalah dengan apa yang dilakukannya. Ibunya sangat menyayangi dan menyebelahi suami. Saya yang selalu dipersalahkan, tidak cukup baik melayan suami, tidak menolong ibunya, tidak cukup moden/bergaya untuk bergandingan dengan suami.
    Anggaplah saya wanita kolot di zaman ini, itu bukan masalah untuk saya, setiap orang mempunyai matlamat hidup masing2, cuma penghujungnya tak siapa yang tahu. Hiduplah berlandaskan agama, nescaya tidak tersasar haluan dan arah tujuan kita.

    ReplyDelete
Post a Comment