Berkahwin bukan kerana pilihan sendiri

Admin
0
Saya menceritakan kisah rumahtangga ini bukanlah utk tujuan memburukan sesiapa...cuma sekadar meluahkan rasa hati mungkin mendapat sedikit pandangan dari teman - teman yang budiman..dan mungkin ada pengajaran disebaliknya Alhamdulillah...

Saya telah berkahwin hampir 3 tahun. Telah mempunyai seorang anak yg kini hampir 2 tahun usianya. Perkahwinan saya adalah pilihan keluarga dan saya kategorikan sbg paksa rela kerana saya telah pun mempunyai pilihan hati dan merancang dan telah membuat sedikit persiapan untuk berkahwin dengan si dia. Saya tidak kenal dengan si suami sblm ini dan pertama kali bile kami brjumpa terdetik dalam hati saya ..dia tidak sesuai untuk saya (tidak bermakna saya bagus sangat), cuma hati saya tidak dapat terima dia...saya cuba menolak permintaan mak tapi apakan daya.....beberapa hari sebelum pernikahan saya menyatakan ketidakyakinan saya pada pilihannya...tapi dalam keadaan begitu ...apalah daya ketika itu...semua persiapan telah dibuat...kerana mak & keluarga saya terpaksa teruskan jua...dan memaksa diri utk merelakannya...

Setelah berkahwin saya mengharapkan dia akan berusaha sehingga saya boleh mencintai dia dan melupakan kekasih hati saya kerana dia tahu saya terima dia kerana mak....namun sangkaan saya meleset sama sekali....bukan untuk merendahkan dia tapi itulah hakikatnya...dia seolah-olah tidak tahu apa tindakan yg patut dibuat...bagi saya tidak bersedia sama sekali dari segi mental, fizikal dan kerohanian. Saya tidak dapat terima keadaan ini dan setiap hari hati saya memberontak. Banyak lagi hal-hal kehidupan berumahtangga yang terabai dan tidak terlaksana sehingga menyebabkan saya hingga kini saya masih tidak dapat menerima dia saya dalam hati saya dan saya tak pernah menganggap dia sebagai suami, saya dengan dunia saya dia dengan dunia dia cuma kami serumah.. Selama perkahwinan kami, telah beberapa kali saya menyatakan hasrat utk tidak meneruskan hubungan lagi...kerana tiada gunanya berrumah tangga jika tidak bahagia dan bagi saya perasaan cinta dan kasih sayang terhadap pasangan adalah kunci kebahagian supaya segala kepayahan dalam hidup berumah tangga dapat ditempohi bersama dengan jujur dan ikhlas dan sesungguhnya cinta itu tidak boleh dipaksa.

Waallahua'lam...

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)