Bukan menantu pilihan

Admin
0
Saya sudah berkahwin hampir 3 tahun dan saya bukanlah menantu pilihan,
pernah bermacam cara mertua cuba pisahkan kami tp alhamdulillah sampai sekarang kami masih bersama.
Tetapi bermula awal tahun ini, bermacam perkara yang terjadi, ibu mertua mula mengunkit tentang duit yg dikeluarkan semasa kahwin
saya masih tidak mempunyai anak, dan habis semua ipar serta biras saya dihasut supaya membenci saya,
saya tidak pernah telefon dan bercerita kisah rumah tangga kepadanya tetapi dia mereka sendiri cerita tentang
rumah tangga saya habis semua jiran tahu tentang rumah tangga kami, baru2 ini kawan sekampung suami menyuruhsuami kahwin lain
kerana katanya saya mandul setelah didesak oleh suami baru la kami tahu yg ianya hasil hasutan ibu mertua. Suami duduk dirumah mertua sekarang dan saya
disuruh balik ke rumah keluarga sendiri, saya dapat tahu dari ipar2 yg ibu mertua menyediakan makanan dan minumam suami lain dr org lain
tidak boleh bercampur katanya ada penawar kerana nak membuang ubat guna2 yg saya beri pada suami. Tak pernah saya buat benda sehina itu.
Bagaimana saya hendak mengatasi situasi ini harap dapat yg membantu.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)