Thursday, November 10, 2011

Adik ipar tinggal bersama

saya ingin meminta pndangan n nasihat pembaca kisah rumah tangga. Masalah saya timbul sejak kehadiran adik ipar saya dalam kehidupan rumah tangga kami. sebelum ini kami hidup bahagia, ceria dan gembira. Usia perkahwinan kami tidak sampai setahun tetapi kehadiran adik ipar saya telah menggugat ketenteraman saya dalam rumah saya sendiri. Saya berasa tidak selesa berada di dalam rumah sendiri. saya lebih suka berada di luar rumah. Kalau berada dalam rumah pun saya akan berkurung dalam bilik. Saya pernah berbincang mengenai perkara ini dengan husband saya tetapi dia kata itu tanggungjawab dia menjaga adik dia. Xsalah dia nak menjalankan tanggungjawab dia tp apa hak saya sebagai isteri??? Telan aje masalah yang melanda. Adik ipar saya dah berusia 26 tahun, xkan masih nak bergantung dengan abg dia. Bagi saya xsalah rasanyer dia mencari rumah sewa lain dan hidup berdikari...Masalahnyer saya xmau ada org lain (adik ipar) dalam rumah tangga saya. sampai bila dia akan tinggal bersama kami. tolong la saya apa yang patut saya lakukan???

No comments:

Post a Comment