epas mengamuk, suami tak balik rumah

Admin
1

Salam..

Disini saya ingin berkongsi masalah dengan pembaca..mungkin juga anda ada pendapat yang bernas atau lebih baik untuk saya jadikan panduan.

Untuk pengetahuan semua, saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih..kalau nak diikutkan usia perkahwinan kami masih baru..banyak perkara yang masih belum kami fahami terutama saya..

suami saya telah membeli rumah berdekatan dengan rumah ibu mertua saya..oleh itu, apa saja kelakuan saja memang akan menjadi perhatian semua..kakak ipar, abang ipar, semua tinggal berdekatan. selama setahun lebih saya berulang alik ke tempat kerja yang memang agak jauh..dah lah ngan jammed lagi..memang tak tahan sangat.,.manakala suami saya beruntung..tempat kerjanya dekat dengan rumah yang dibeli..

sejak bertunang lagi, kami selalu bercanggah pendapat..ada sekali bapanya telah memanggil saya untuk memujuk anaknya yang konon telah terasa hati dengan saya..ok..saya pergi dan dia kembali bersikap seperti biasa..dia telah menceritakan pelbagai sikap saya yang kekadaang langsung tak masuk akal..sebagai contoh dia telah mengadu kepada ibunya bahawa saya mengganggu sehingga ke tempat kerjanya..walhal memang saya langsung tak pernah pegi kesana walaupun sana juga bekas tempat kerja saya..

Setiap kali kami bergaduh, dia akan mengamuk..tak kiralah di mana tempatnya..di kedai makan juga dia pernah mengamuk..menghempas pinggan dah mengetuk meja..sehinggalah membaling2 kasut dan menyepak2 kereta seperti budak2..saya juga tak faham bagaimanakah cara pemikirannya..

Apabila telah berkahwin, setiap kali bergaduh (pasti sebab perkara kecil), dia akan mengamuk dan merosakkan barang yang ada dirumah kami..mungkin dia tidak kisah kerana saya yang menbeli perkakas dan barangan rumah..so kalau rosak saya yang kena ganti..tiap kali bergaduh mesti sofa saya disepaknya dan rumah akan tunggang langgang..

dia juga akan keluar rumah...nak dikatakan tiap bulan mesti dia ada keluar rumah lepas ngamuk dan tak balik..yang saya pelik ibu dan bapanya ataupun keluarganya langsung tidak menegur..mungkin sebab dia anak bongsu..so apa yang dia buat tak menjadi kesalahan..semua kesalahan terletak kat saya..

sekarang ni pun dia tak balik lagi..malam tadi keluar rumah..tak tahu tidur dimana..kekadang saya terfikir..sampai bilakah saya harus menghadapi semua ini..ada sekali saya ajak dia pergi pejabat agama..kami pergi untuk kaunseling..tapi biasalah..ustaz akan menangkan dia..alah..lelaki kan..sama je lah..

setiap perbelanjaan rumah, mesti saya yang kena fikir..duit dia saya pun tak tahu dia buat apa..mak nya pulak ingat saya ni kikis duit anaknya..saya pun kerja..malah lagi besar gaji dari anaknya..(bukan nak bangga)..tapi kalau nak cakap tak agak2..asik mintak itu ini..asal saya beli pinggan baru (guna duit saya) dia pun nak juga..karpet baru, dia pun nak juga..argh..sumelah..ye lah..dah kononnya saya ni amik duit anaknya..tapi bila pikir anak dia kan suami kita..memang dah jadi tanggungjawab dia bg nafkah..

dah melalut lak saya ni..yang saya kesalkan kat sini..si suami saya sejak 2 tahun lebih kami kawin..dah lebih 20 kali keluar rumah..pas tu balik lagi,.kekadang sampai 2 minggu dia tinggalkan saya..tanpa bg nafkah dan lain2..salah saya ke ye..macam malam td..sampai sdekarang belum balik..dia tak fikir ke yang tanggungjawab dan amanah terhadap isteri..kalau brepisah suami isteri tu sama macam boifren gefren dah lama rasanya saya tinggalkan dia..

kenapa ye agaknya jadik cam ni,.tak sesuai kot kan..sampai kawan2nya cakap..ko anggap je ko ni suami dia..sampai cam tu sekali ker..tak kan kot ;(

harap korang boleh tolong saya..dah pening ni..

Tq

Post a Comment

1Comments
  1. parah jg kes kamu ni...sy selama ni x pernah dgr kes mcm ni...ni prtama dgr..sy simpati dgn kamu tp x tau nak ckap apa

    ReplyDelete
Post a Comment