Mak mertuaku pilih kasih

Admin
2

Assalamualaikum Wbt ..

Saya Zara (bkn nama sbnr) ..ingin berkongsi kisah rumahtangga saya yg bahagia bersama suami tercinta tetapi kebahagiaan kami telah digoyah oleh sikap keluarga mertua saya (keluarga si suami) yg mahukan kami mengikut semua kata2nya.Saya dan suami mengenali antara 1 sama lain ketika kami dibangku sekolah lg.Mulanya benci tetapi akhirnya jadi suami.Klu dah jodoh kan?Percintaan kami yg penuh dgn cabaran tu akhirnya mampu kami akhiri dgn ikatan perkahwinan dan sehingga hari ini ..sudah 3 thn lebih kami bergelar suami isteri.Alhamdulillah ..

Ibu mertua saya orgnya agak memilih anak ..anak yg punya kerja bagus dan selalu membelikannya itu ini akan dpt perhatian yg lebih.Suami saya cuma penyelia bistro saja dan kurang mampu memberinya duit seperti anak2 yg lain.Ketika saya mengandung anak pertama,kehidupan saya dan suami agak sempit dan membuatkan suami meminta agar kami tinggal bersama ibunya.Saya yg sememangnya sudah masak dgn sikap si ibu mertua terpaksa akur dengan permintaan suami.Bermula lah episod kesedihan ..dimana kandungan saya semakin membesar ketika itu,saya terpaksa menyesuaikan diri dan harus bijak mengambil hati si ibu.Saya akan memasak setiap hari dan melayan karenah cucu2nya yg ada dirumahnya.Ibu mertua saya masih bekerja jadi saya lah yg ambil alih tugas mengemas,membasuh dan memasak dirumahnya.

Saya agak letih bila melakukan semua kerja2 rumah ..ketika kandungan saya mencapai 8 bulan,Saya masih lg berlari sana sini utk memastikan semua kerja rumah siap dan si ibu berpuas hati.Kadang2 terpaksa pula memasak utk anak2nya yg lain.Sampailah kandungan saya mendekati usia 9 bulan.Saya sudah tidak mampu lg melakukan semua tugas seperti biasa dan akan mengurung diri dlm bilik selepas suami keluar bekerja sehinggalah dia pulang jam 4 pagi(suami saya bekerja shift malam).Saya mula melihat perubahan si ibu seperti tidak berpuas hati dgn sikap saya.Dia mula menarik muka kerana saya tidak lg memasak dan membuat kerja rumah seperti kebiasaannya.Saya selalu memohon maaf pdnya kerana tidak larat membantunya lg tetapi jawapan yg selalu keluar dr mulutnya .."tak apa" ..Saya tau,ibu mertua saya memang manis didepan ..menyakitkan dibelakang!

Keadaan ini berlarutan sampailah terjadinya pertengkaran diantara saya dan adik ipar saya.Dia telah mengadukan hal itu ke ibu mertua saya dan kerana rasa tidak puas hati,saya dan suami disuruh keluar dari rumahnya.Kami dikatakan tidak tau malu menumpang dan mcm2 lg la.Sedihnya hanya tuhan yg tau.Saya beruntung kerana suami sentiasa menyebelahi saya.2 bulan lebih kami tinggal bersama ibu mertua meninggalkan byk kesan dlm diri saya.Ibu mertua saya orgnya suka merendah2kan org lain.Tidak boleh org lain lebih dari dia.Saya sudah berkali2 dihina tetapi demi suami saya bersabar.Adik ipar saya pula seorg yg suka menyalahkan org lain bila melakukan kesilapan.Terus terang saya sudah tidak mampu bertahan lg.

Saya masih ingat lg,kereta suami saya rosak ..suami saya minta ibunya tolong hantarkan saya ke klinik utk ujian HB tetapi apa yg kami dengar dari mulut si ibu amat menyakitkan!'Mak malas' ..menangis suami saya mendengarkan.Tak tau apa yg dia benci sgt pd saya.Akhirnya kami naik motor ke klinik.Setelah kami disuruh keluar dari rumahnya,saya dan suami cuba utk tidak mnyusahkannya lg.Kami sendiri menghadapi semuanya dgn bantuan ibu saya sampai lah saya ingin melahirkan.Mungkin ketika mengandungkan si comel,saya banyak menangis ..kandungan saya bermasalah dan makan masa yg lama utk dikeluarkan.Setelah semuanya selamat,si comel di katakan punya masalah kritikal dan tidak mampu bertahan lama.Kami menangis suami isteri semahu2nya.Lbh2 lg dia anak yg pertama.Saya dimasukkan ke wad kelas 1.Si ibu mertua ada dtg sekejap melawat saya kemudian pulang selepas 5 minit.Seminggu saya ditahan ..Seorg pun adik beradik suami tak datang jenguk saya.Yg ada cuma abah!(bapa si suami).Dengan keadaan si comel lg,kami buntu.Si ibu ada menelefon tetapi bukan saya yg dia risaukan ..dia sebuk bertanyakan hal bil hospital!kenapa saya masuk wad kelas 1?siapa nak bayar?kenapa duduk kat wad lama sgt?sedih ..itu saja yg mampu saya gambarkan!

Kuasa tuhan,si comel sudah tidak lg mampu bertahan.Dia pergi tinggalkan kami selepas 7 hari dilahirkan.Kami redha ..tetapi suami saya mula terasa hati dgn sikap ibunya dan menjauhkan diri.Pada kami,tiada apa yg lebih penting pd si ibu melainkan wang!sikap mata duitannya makin ketara.Si comel diuruskan oleh pihak hospital sampai lah dia dibawa pulang.Masih ingat lg,ketika si comel dilaporkan sudah tiada,saya pulang kerumah ibu saya utk menenangkan diri.Waktu tu subuh.Si ibu mertua dtg kerumah ibu saya dan bertanya 'Mana mayat?'.Ibu saya jawab,'masih kat hospital' ..si ibu mertua ckp 'kalau takde mayat aku balik lah' ..sampai si comel dibawa pulang utk dikebumikan.Si ibu mertua tak juga sampai2.Akhirnya kami selesaikan apa yg patut sampai semuanya selamat.

Lepas dari kejadian tersebut .saya dan suami menjalani kehidupan seperti biasa.Tidak mengambil pusing lg soal si ibu mertua.Sampailah si ibu mertua menghantar mesej pd suami saya ..minta dipulangkan apa yg sudah dipinjamkan kepada suami saya..Suami saya orgnya pendiam dan penyabar.Dia tidak menghiraukan permintaan ibunya.Sampailah ibunya menghantar mesej yg seterusnya dan kali ini mesejnya lebih pedih!'Mak tak heran kalau kau tak anggap mak ni mak kau.Aku lg sejuta kali tak ingin!Aku cuma nak kau pulangkan barang aku.Ingat!aku tak halalkan sesen pun duit yg aku penah kasi pd kau laki bini dunia akhirat'.Saya yg membaca mesej tersebut sudah tidak boleh bersabar lg.Saya membalas 'kalau tak halalkan tak apa lah,tapi apa yg saya makan ketika mengandung si comel dulu harap dihalalkan kerana itu sudah jadi darah daging dia.Sepatutnya sbg ibu,mendoakan kebahagiaan anak2 ..bukan menyumpah2 mcm ni.Saya doakan mak bahagia dunia akhirat'

Mesej saya dibalas semula dgn caci maki yg agak keterlaluan.Dan pastinya mesej tersebut ditulis oleh adik ipar saya.Saya menangis suami isteri.Suami saya cakap,'apepun yg terjadi ..dia tidak akan tinggalkan saya'

Dulu kami dihalau kerana adik ipar saya menuduh saya mengaibkannya pd teman wanitanya pdhal itu semua tidak benar!teman wanitanya mereka2 cerita tanpa saya tau atas motif apa!memandangkan suami saya menyebelahi saya,si ibu tidak berpuas hati lalu menghalau kami keluar dari rumah!saya masih mampu bersabar lg tetapi bila si ibu membuat fitnah mengatakan kami menghalaunya ketika dia dtg utk menziarah si comel dulu ..saya benar2 hilang sabar!ibu dan anak sama saja kedua2nya suka memfitnah.Dgn sedikit semangat ..saya bangkit dan sahut segala tohmahan yg diberikan pd kami.Saya nekad melakukan apa yg di fitnahkan pd saya.Pada saya,saya tak buat org fitnah saya buat ..biar saya buat betul2!

Saya cari perempuan2 yg pernah adik ipar saya tiduri ..dan kami cuba berkongsi cerita sampailah hal ini jadi besar.Macam2 yg adik ipar saya buat belakang ibunya sampaikan pernah mengandungkan anak gadis org.Itu pun si ibu masih buta dan tetap mengatakan anaknya baik!Si ibu tidak berpuas hati dgn saya lalu menghantar mesej pd suami saya ..'kau cakap dgn betina kau tu,jgn nak cerita buruk adik ..dia tu baik sgt ke?dengar sini ..anak aku sekarang ada 3 org je' ..hmm,dia da buang suami saya sebagai anaknya.Suami saya cakap 'tak apalah ..tuhan maha mengerti'.Suami saya juga mengakui sudah tidak boleh bersabar dengan sikap ibunya ..drpd dia jadi anak yg kurang ajar pd ibunya lebih baik begini.Dan utk menjaga keharmonian rumahtangga kami.. kami sudah pun menukar no telefon supaya mereka tidak dpt mengganggu kami lg.

Sekarang,saya menganggap tidak ada keluarga mertua lg.Saya harus menjaga suami saya dgn sebaiknya.Saya tau dia sedih dgn sikap ibunya yg buta kerana duit dan suka menghina org!dia cuba mengaturkan hidup kami tetapi tak berjaya kerana saya seorg yg punya pendirian tegas.Dulu masa kami kahwin pun,family saya di tipunya buta2.Hantaran saya dr 8 ribu cuma diberi 5 ribu sahaja.Menangis ibu saya.Mengenangkan suami saya baik orgnya,saya terima apa adanya.Cincin perkahwinan saya hilang.Ibu mertua saya cakap 'tak ingat letak mana'.Logik ke?sebab tu lah jiran pun pulaukan dia.Perangai dia memualkan!demi maruah keluarga saya dan saya yg dia pijak2 ni ..saya berjanji akan membela nasib keluarga saya walaupun saya perlu menjawabnya di depan Allah SWT kelak ..jadikan kisah saya sebagai pengajaran ..jgn sia2kan ibu mertua yg baik.Sekarang saya hanya mampu memohon keredhaan dariNya supaya Dia mengerti dan memberkati hidup saya dan suami dunia akhirat ..Amin

Post a Comment

2Comments
  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sedih baca cerita ni..walaupn ibu mertua saya tidak teruk mcm ni tp pilihkasihnya memang ketara...terimakasih sebab sudi berkongsi cerita

    ReplyDelete
Post a Comment