Genap sebulan perceraian

Admin
0

Hari ni dah genap sebulan aku bercerai dgn xsuami dan sepanjang tempoh tersebut aku tidak berjumpa dengan dia. Entah kenapa hati ni terasa rindu sangat pada dia. Rasa nak menangis pun ada, rasa nak meraung pun ada. Tapi aku kuatkan juga semangat untuk tidak melayan hati aku ini. Sebagai manusia biasa tentulah aku akan rasa sedih sebab rumahtangga yg aku bina selama 14 tahun hancur begitu saja hanya kerana org ke-3 dan bukan kerana aku bergaduh denga xhubby atau takde sefahaman dgn xhubby. Tapi aku redha dgn ketentuan Ilahi dan aku tau inilah ujian yg aku harus terima.

Cerita sedih aku bermula apabila pejabat xhubby berpindah ke Nilai pada bulan April 2006. Kami tinggal di rawang. Mula2 hubby sanggup ulang-alik setiap hari tapi akhirnya dia minta kebenaran utk menyewa bilik di sana kerana jarak terlalu jauh dan dia penat utk berulang-alik. Mula2 aku agak keberatan tapi dia janji akan cuba balik selang sehari, so aku tak kesah.

Perjalanan hidup masa tu berjalan ok. Xhubby balik selalu. Boleh dikatakan selang sehari. tapi semakin lama semakin kurang. Alasan yg diberi sebok sebab bos kat unit die berhenti so dia kena cover byk. Tapi semakin lama semakin kurang sehingga Sabtu Ahad pun dah mula tak balik.

Akhirnya aku dapat bau sesuatu dan akhirnya dia tertangkap dgn bil telefon hp dia yg melambung. Aku tanya dia ada gf ke? Dan dia mengaku yg dia terjatuh cinta pada office mate dia. Masa dia mengaku tu aku macam nak gile… Aku tanya apa salah aku yg dia buat aku macam ni… Dia kata aku tak salah ape2. Itjust that dia rasa sunyi kat sana dan pompuan ni amat rapat dgn dia kerana they all buat projek yg diberi oleh Bos bersama2. Oleh kerana selalu stay back bersama2 akhirnya hati terpaut…. Tapi yg aku sedihkan ialah pompuan ni isteri org…

Xhubby berjanji akan cuba tinggalkan pompuan tu, tapi oleh kerana mereka 1 ofis, susah nak berpisah. lagi pun hubungan mereka yg teramat rapat. Bila xhubby minta putus ngn pompuan tu, pompuan tu mula ugut bunuh diri dan bagi tau yg rumahtangga dia dah hacur kerana dia nakkan xhubby. X hubby pun tak sanggup nak tinggalkan pompuan tu dan minta kebenaran dari aku utk bermadu sekiranya pompuan tu bercerai.

Oleh kerana sayang rumahtangga aku, aku sanggup bermadu. Tapi bila xhubby buat cadangan utk madukan dia, macam nak gila pompuan tu mengamuk dan ugut bunuh diri sekali lagi. Dia kata xhubby dah janji dgn dia, kalau dia minta cerai, xhubby juga kena ceraikan aku…

Oleh kerana xhubby takut pompuan tu bunuh diri, akhirnya dia failkan cerai juga pada aku. Tarikh cerai 26 december 2007. tapi sementara nak tunggu tarikh tersebut, mcm2 berlaku. Aku pernah sms kat pompuan tu sendiri ajak bermadu, tapi dia taknak. Even aku minta 2 hari seminggu aje asal aku dpt pertahankan umahtangga demi anak2, itu pun pompaun tu tak nak.

Xhubby masih balik kerumah dan kami masih bersama2 berbincang ttg masalah kami. Xhubby masih sayangkan aku dan berat hati nak ceraikan aku. Aku kata kalau tak nak cerai tarikbalik kes ni.

Entah macam mana pompuan tu tau yg xhubby nak tarik balik, dia buat gile lagi.. Satu malam pada 4 dec2007 pukul 2.31 pagi aku terima sms cerai dari xhubby. Esoknya dia sms bagi tau yg pompuan tu nak bunuh diri dan dia terpaksa hantar sms tersebut. Entahlah…masa tu aku ingat sms tu tak sah. So aku masih bersama xhubby selepas dari tarikh itu. Dan xhubby tak tarik balik fail cerai dia tu sebab dia kata dia kena fulfill kehendak pompuan tu sebab dia takut pompuan tu bunuh diri lagi. So pada 26 dec 2007 kami bercerai di mahkamah… Yg aku geramnya masa nak cerai tu, pompuan tu boleh ikut xhubby dtg court.. dasar muka tak malu. Padahal dia masih dlm edah selepas minta cerai dr laki dia. Geram betul…rasa nak tampar aje muka dia. Tapi nasib baiklah org ramai kat mahkmah tu.. Aku control macho je…

Aku redha dengan keputusan xhubby. Dia mengaku dia masih sayangkan aku dan dia juga sayangkan pompuan tu walaupun kadang2 pompuan tu buat perangai gile dia tu. Agaknya mereka satu pejabat kut..susah nak berpisah. Masa yg dia spend dgn pompuan tu lebih dr dgn aku. Tu sebab susah nak lepas…

Cukup 16 hari bercerai xhubby ajak aku rujuk. Dia kata dia menyesal gila ceraikan aku..Oleh kerana aku memang sayangkan laki aku, so aku terima jelah.. Tapi perkara ini masih dirahsiakan dari pompuan tersebut. Entah macam mana tepat 89 hari rujuk, pompuan tu dpt tau sebab dia org tak boleh nikah selagi takde surat cerai aku. So macama mana surat cerai nak kuar sebab kami dah rujuk. Mula2 xhubby dpt mengelak sebab surat cerai sepatutnya kuar selepas 3 bulan. So cukup 3 bulan surat cerai tak kuar, xhubby terpaksa mengaku le…

Bile pompuan tu dpt tau, dia buat gile lagi.. mengamuk gile… Xhubby nekad nak tinggalkan dia juga dan tak peduli pun kalau dia nak bunuh diri. Tapi tak bunuh diri pun…saja nak buat havoc je.. Mula2 xhubby cuba elak berjumpa dgn dia kat pejabat, tapi lama kelamaan dia merayu. Xhubby pun tak boleh nak lupakan dia especially they all satu pejabat dan tak boleh nak elak berjumpa…

Entahlah…terlalu lama aku menahan perasaan. Setiap kali xhubby balik rumah pasti dia akan bercerita kesah dia ngan pompuan tu. Aku sentiasa menjadi pendengar setia pada dia. kdang2 aku sendiri tak faham macam mana aku boleh jadi sekuat ini mendengar kesah cinta mereka. Agaknya aku terlalu sayang pada xhubby kut…

Lama kelamaan aku tgk xhubby semakin susah nak buat keputusan. Dia seperti stuck di persimpangan. Nak ceraikan aku dia tak sanggup, nak tinggalkan pompuan tu pun dia kata dia tak sanggup juga sebab dia kata pada aku separuh nyawa dia pada aku dan separuh nyawa dia pd pompuan tu.

Akhirnya pada 24 May 2008, sekali lagi aku merayu pada pompuan tu utk bermadu sebab aku tak sanggup tgk suami aku dlm dilema. Aku kata apa salahnya kita bahagiakan org yg sama. Tapi dgn sombongnya dia kata kat aku dia taknak. Kalau xhubby nakkan aku, suruh dia lupakan dia sebab dia tau xhubby aku tak sanggup lupakan dia.

Akhirnya aku beralah demi sayang aku pada dia. Aku dah tak sanggup lagi tgk xhubby dlm dilema. Aku pun tak boleh bahagia sekiranya xhubby tak boleh nak buat keputusan. Akhirnya aku sendiri minta cerai dr xhubby sebab aku rasa I have to put a stop somewhere. Selagi xhubby tak buat keputusan, kami semua menderita dan tersiksa. Aku, xhubby dan juga pompuan tu.

Setelah berbincang akhirnya dia bersetuju untuk ceraikan aku sebab dia pun kata dia takkan dpt jadi suami yg baik dan tak dpt bahagiakan aku selagi dia tak boleh nak fokus pada rumahtangga kami lagi.

Pada 27 may 2008 xhubby failkan cerai dan akhirnya pada 9hb June 2008 kami sah bercerai sekali lagi. Aku redha dan aku harap inilah yg terbaik utk aku dan xhubby. Aku doakan dia bahagia dgn kehidupan baru dia bersama gf dia andainya dia berkahwin nanti.

Tapi…Aku rasa aku takkan menyesal dgn keputusan ini sebab aku rasa aku dah cuba sebaik mungkin pertahankan rumahtangga aku sebelum ini…. Tapi bila hari ni genap sebulan bercerai, entah kenapa hati aku rindu sgt pada xhubby. Dia pun selalu sms kat aku tanya sama ada oku ok ke tak. Tapi aku tak jawab sms dia kalau dia tanya selain dari hal anak2. Tapi kalau ikut rasa hati, nak bagi tau aje yg aku rindu sgt2 pada dia. Tapi aku masih bertahan dan sentiasa berdoa pada Allah agar hilangkan rasa cinta dan rindu aku pada dia agar aku mudah meneruskan kehidupan aku ini…

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)