Kahwin 11 tahun, suami curang & isteri di gantung tak bertali

Admin
0

Assalamualaikum... saya telah berkahwin selama setahun setengah. selama itu juga saya bersabar dengan suami yang panas baran dan selalu berlainan pendapat terutama yang melibatkan hal-hal yang besar. memang saya tak nafikan suami saya ni seorang yang penyayang cume ada sedikit sifat kurang sabar dan ego yang tinggi. kadang-kadang saya tidak mendapat layanan yang baik drpd dia. sekarang saya sedang dalam dilema. saya tak tau ape yang harus saya lakukan. saya telah membuat kesilapan dalam perkahwinan kami. dan sekarang saya telah digantung tidak bertali oleh suami saya...

puncanya semasa kami bermasalah saya telah keluar rumah dan balik ke rumah ibu bapa saya tanpa kebenarannya. walaupun pada masa itu saya ada inform dia dan salam tangan suami saya sebelum saya keluar. hampir seminggu lebih saya tinggal di rumah ibu bapa saya dan sampai sekarang mereka tidah tahu apa yang saya tanggung...

selepas seminggu lebih suami saya memanggil datang untuk berbincang dan saya bersetuju untuk berjumpa dengan harapan suami akan memaafkan saya kerana tindakan saya yang melulu itu. tapi apa yang saya dapat adalah sebaliknya. dia membuat keputusan dan menyuruh saya 'pergi' dengan alasan telah beberapa kali menasihatkan saya akan tetapi saya masih tidah berubah. dia memberitahu saya yang dia sudah tidak mempunyai ape2 perasaan dan nafsu pada saya yang ada hanyalah simpatinya pada saya. tapi saya tahu suami saya masih sayangkan saya.

saya betul-betul menyesal dengan apa yang telah terjadi. ntah kali keberapa saya merayu kepada suami saya untuk menerima saya kembali akan tetapi dia masih dengan ego dia. niat saya adalah untuk memperbetulkan kembali dan memperbaiki perkahwinan yang telah kami bina atas dasar cinta. selama 11 tahun kami bercinta selama itu juga segala masalah dan dugaan kami lalui bersama sehingga usia perkahwinan kami kini menjangkau setahun setengah.

sehingga kini hampir 2 bulan saya menanggung penyesalan ini dan pada masa yang sama saya masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri walaupun kami sudah tinggal berasingan. saya telah belajar dari kesilapan yang lepas dan setiap langkah saya akan beritahu dan meminta keizinan dari nya terlebuh dahulu.

tapi akhirnya saya diberitahu oleh suami saya sendiri yang dia kini sudah mempunyai kekasih (Kemungkinan besar isteri orang yang ada masalah dengan suaminya...). Alasannya kekasihnya taat padanya. Pada suatu hari saya berpeluang membuka FB suami saya dan mendapat info yang kekasihnya tidak dapat menerimanya ntah ape sebabnya saya kurang pasti. sedihnya saya melihat suami saya curang dibelakang saya sedangkan selama ini saya tidak pernah sesekali curang padanya. ape yang saya dapat lihat suami saya seolah2 dahagakan kasih sayang mungkin untuk melupakan saya.

mungkin suami saya ingin mengajar saya... saya terima semua ini. tapi kalau dia rase xdapat nak teruskan kenapa masih berdiam diri... saya tak faham dan bingung sekarang. ntah berapa kali saya desak dia lafazkan untuk lepaskan saya tapi dia masih berdiam diri. saya tak sanggup nak tunggu lama... saya sedih bila mengenangkan dia curang dengan saya sedangkan saya menderita digantung tidak bertali. kenapa dia seksa saya macam ni besar sangat ke kesalahan saya pada nya???...

Harap KRT dapat memberi pandangan dan nasihat untuk saya...

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)