Seperti tidak layak, meskipun bergelar ISTERI

Admin
0
assalammualaikum..
saya ada masalah..
begini ceritanya.. saya baru 1 tahun lebih berkahwin dan ada anak seorang,
dulu saya pernah dirogol oleh manusia bernama SYAITAN..
sebelum kahwin, saya dah mencerita semuanya pada suami saya, dia terima saya seadanya..
tapi.. keikhlasan dia menerima saya selepas kahwin seperti ikhlas dan tak ikhlas..
masalah sekarang nie, saya merasakan saya tidak seperti isteri-isteri orang lain..
dimanja, dan disayangi..dipeluk semasa tido.. saya boleh kirala berapa kali jer dia peluk saya sepanjang perkahwinan kami..
dan bila dia peluk saya pun ada makna.. saya mengakui.. berapa kali jer kami bersama..
saya tak tahu apa yang dipikirkan oleh suami saya terhadap saya..
sperti tidak bernafsu pada saya,
kadang-kadang dia memandang rendah pada saya salah satu saya ni tidak berpelajaran tinggi.

saya tahu saya xsempurna mana pun.. tapi saya rasa, saya xlayak dilayan seperti ini,
sbbnya semua terjadi bukan kehendak saya.

boleh tak bantu saya, apa sebenarnya dlm fikiran suami saya tue??
dan
apa perlu saya lakukan supaya perkahwinan kami tak berterusan mcm nie lg??

saya juga ingin seperti isteri2 org lain.. kenapa saya masih tak layak, meskipun saya dah bergelar ISTERI.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)