SMS dalam HP suami dari perempuan, "I nak peluk U"..

Admin
0

Tolong rahsiakan identiti saya KRT..terima kasih.

Assalamualaikum KRT,

Saya telah 6 tahun mendirikan rumahtangga atas suka sama suka dan mempunyai 2 org anak. Masalah bermula setelah mendapat anak pertama. Saya telah tinggal bersama ibu mertua selama 2 tahun. Pada mulanya mmg saya dilayan dgn baik,tetapi mungkin kerana hasutan dr adik-2 iparku, rumahtangga saya jadi semakin goyang. Masalahnya suami saya terlalu ikutkan kata maknya saje. Ibu mertua saya menjaga anak saya ketika kami bekerja,atas persetujuan suami saya,walaupun saya x rela. Masalah timbul,adik-beradik ipar mula menuduh saya yg membuat ibu mereka seperti kuli dalam rumah kerana saya menumpang duduk di rumah mereka dan ibu mertua menjaga anak saya. Setelah saya banyak kali menyuarakan utk berpindah, itupun x tahu berapa kali bergaduh dgn suami, baru kami pindah keluar dari rumah mertua.

Selepas duduk rumah sendiri,anak saya masih dibela oleh mertua, atas desakan suami juga,walau saya x rela, setelah diperkatakan macam-2 oleh adik ipar.Suami saya seorang jurutera,dan kerjanya selalu out station saje. Mulalah bukak cawangan lain, bersayang sana sini, balik rumah sorok hp, msg malam-2,bil telifon pun melambung-2,dan saya pernah jumpa sendiri gambar dia dgn wanita lain dlm hp dia, tp cakap cuma kawan aje? Masa duduk di rumah mentua pun, pernah terkantoi msg-2 sayang dia tu dgn perempuan lain, bila saya bising-2,senyap, lepas tu buat balik. Saya sabar lagi…

Hubungan suami dengan parents saya pun mmg x baik, selepas saya beritahu perihal dia kepada parents saya, sbb saya dah x tahan lagi, n x tahu nak mengadu kat siapa. Dia pernah hantar msg mengatakan akan menceraikan saya kepada adik saya, kalau masuk campur urusan rumahtangga kami. Saya pernah bertanya kpd kawan-2 sepejabat dia yg outstation tu, mmg dia kerap dating dgn perempuan tu bila lepas waktu kerja. Itu satu hal, hal lain pulak, mak mertua saya ni bukannya sihat sgt, ada penyakit darah tinggi dan perlu check-up selalu, jadi terpaksalah saya selalu ambik emergency leave or mc sbb x da siapa yg nak jaga anak saya kan, boleh dikatakan dalam sebulan tu adalah 4-5 kali,,sampai suatu hari bos saya pun sound sbb asyik cuti dan el dan kerja-2 saya pun terbengkalai. Saya suarakan hasrat saya kpd suami yg selalu outstation tu, tapi alas an dia, tunggu dia balik. Sampai satu tahap, saya dah x sabar, saya terpaksa hantar juga anak ke nursery. Dan dalam tempoh seminggu anak saya dihantar ke sana, berpuluh-2 panggilan telifon saya terima dari belah mertua,..suruh saya hantar semula anak saya ke rumah mereka. Saya berdegil juga. Saya ingat lagi pada hari Jumaat malam tu, saya dan anak saya pergi ke rumah mertua, sbb nak ambik suami yg baru pulang dari outstation..pada waktu itu, suami saya tiada di rumah mertua, keluar minum dgn kwnnya. Saya masuk ke rumah mertua,suasana suram, semua org muka masam mencuka tgk muka saya dan anak. Dan peril-2 saya sebab anak saya, x nak pergi kepada nenek dia setelah hantar ke nursery. Tiba-2 adik ipar perempuan saya dating meluru kepada saya yg tengah mendukung anak saya, dan berkata saya perempuan sial sambil menolak-2 saya , sbb buat mak dia menangis, kerna rindukan cucu dia. Ditambah pula abg ipar yg menumbuk kepala saya, dan mencampakkan keluar beg suami dan makanan anak saya ke luar rumah. Saya jadi bingung, mereka ambik anak saya, dating bapa mertua meleraikan pergaduhan. Saya lari ke luar rumah dan menghubungi parents saya. Datang parents saya, bergaduh depan rumah, x cukup dgn itu, ibu mertua n adik-2 ipar membaling kasut n selipar ke arah saya dan ibu saya ,sambil berkata ‘perempuan sial’ dan ‘menantu x guna’. Suami saya balik..dan hanya duduk di dalam rumah,selepas pihak polis sampai, barulah dia keluar? Ayah saya sudah naik angin yg x keruan menyuruh suami menceraikan saja saya, kalau dah x boleh melindungi isteri dan anak sendiri. Sbb sayangkan suami lagi, saya sabar lagi…

Selepas peristiwa gila tu, kami berpindah ke rumah sewa lain, kononnya utk menukar angin dan melupakan kisah suram tu. Saya mengandung anak ke-2. Kisah x habis disini, suami saya kerap keluar malam..berkawan dgn budak-2 kereta..yg bujang-2..lepak-2..Saya balik lewat sbb banyak kerja pun dia bising, tp kalau dia kuar,balik pukul 3-4 pagi, saya bising, dia marah saya balik. Lagi satu, selepas kawin dgn dia, hubungan saya dgn saudara mara lansung renggang, kerana suami tidak suka melawat saudara mara, baik kenduri kendara. Seingat saya, ada 2 kali saja dia pernah ikut saya selama 6 tahun berkahwin. Selebihnya, saya pergi bersama anak saya, dan terpaksa berkata kepada kwn-2 saya atau saudara mara saya, suami saya tak dapat hadir kerana bekerja, padahal dia dok melepak rumah mak dia. Mmg dia ni anak mak, apa-2 hal pun semua dia, padahal ada lagi abg-2 nya yg lain. Berbalik kepada cerita dia selalu kuar malam, dan start kena keja waktu malam..kdg-2 hari, hari minggu..dan saya terhidu sms yg berbau cinta semula antara dia dgn skandal baru pula. Bila saya ckp kat dia, dia kata cuma kawan2 saja…sampai satu hari tu saya terbaca sms dia kata ‘ I nak peluk u tadi ‘…malam-2 perempuan tu kol, dia kata opis yang kol, server breakdown lah ,itulah inilah, hidup-2 dia tipu saya..sampai satu tahap, saya stress, saya banyak kali pengsan,di opis dan di rumah dalam bilik air.keluar masuk hospital dah biasa sbb pengsan,dahlah mengandung pulak. hari minggu saya disuruh duduk rumah mak saya, sbb dia kata dia keja, risau kat saya xde org jaga masa tu sarat mengandung. Saya pun turutkan saja. Allah itu maha kaya, saya doa mintak petunjuk kalau suami saya curang lagi, pada pagi bualan puasa 2 tahun lepas saya yg sarat mengandung 7 bulan waktu itu, pulang ke rumah saya utk mangambil selipar anak saya, sbb saya tido di rumah emak, langkah terkejutnya saya melihat suami saya sedang enak tido bersama seorang perempuan di atas katil saya. Ya Allah, nak pengsan saya masa tu,tp saya kuatkan hati saya,…saya terima dia balik, sbb fikirkan anak dalam perut ni lahir, x de bapa pula..saya sabar lagi dgn perangai suami saya…dan saya lansung x buat report polis or jabatan agama..itu silap saya, sbb saya terlalu sayangkan perkahwinan saya..saya korbankan semua. Bukan itu sahaja, tunjuk ajar agama pun kurang, apa yg wajib pun susah nak tunaikan. Kalau saya x kuat, dgn saya pun hanyut agaknya.

Peristiwa demi peristiwa berlaku, sampai sekarang, saya dah punyai 2 org anak, perangainya x berubah, masih bercinta-2 di opis, bersayang-2..kami sudah pun pergi ke jabatan agama utk kaunseling..tapi saya rasa hati saya sudah tawar utk dia. Jiwa saya kosong. Urusan rumah, anak-2 kebanyakkannya saya yg uruskan. Bila saya pulang lewat dari opis, mcm-2 spekulasi dia tuduh saya ada lelaki lain, nak pegi company trip setahun sekali pun x izinkan, kata saya nak menyundal, perempuan sial,x pandai jaga laki…sampai bergaduh-2. Saya sudah kali minta cerai cara baik dari dia, tapi dia sibuk ugut nak ambik anak-2..inikah balasan yg saya terima, setelah apa yg dia buat, saya terima dia seadanya??

Tolonglah beri pendapat..kalau ikutkan hati saya, memang penceraian adalah jalan yg terbaik.

Sekian.

Hamba Allah

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)