Suami digoda isteri orang anak 5

Admin
0
Assalamualaikum...

Saya ingin meminta pandangan semua,berkenaan rumah tangga saya.Saya merupakan bini kedua kepada suami saya dan berusia 31 thn.Suami berusia 39 tahun dan madu saya berusia 35 thn.Perkahwinan saya direstui oleh kedua-dua belah pihak keluarga (keluarga mentua dan keluarga saya)kecuali madu saya(bini pertama),itu tidak menjadi hal kerana suami seorang yang pandai mendamaikan isteri-isterinya.Masalahnya bila ada seorang wanita yang jatuh hati kepada suami saya.....dan cuba mempengaruhi madu saya supaya membenci saya.Saya sebenarnya tak kisah andai wanita itu betul2 inginkan suami saya,masalahnya wanita tersebut berusia 46 tahun,memiliki 5 orang anak dan masih bersuami...Dia berlagak seolah-olah seorang yang memahami,berpura-pura kononnya cinta dan sayang suami sebagai sahabat.Semua mesej-mesej yang dihantar(menerusi email dan phone msg) kepada suami saya ( suami tunjukkan kepada saya dan madu saya) semuanya ayat-ayat cinta.Sayang,rindu....cinta..kasih.....Bila madu saya bertanya dan memarahinya...katanya dia memang cintakan suami kami dan tak kisah walaupun tk memiliki badannya tapi dapat memiliki hatinya...patut ke seorang yang masih bergelar isteri berkata sedemikian????Seandainya suami wanita tersebut mengetahui,tak hancur luluh ke hati seorang suami???
Tapi yang menjadi kemusykilan,mengikut kata2 suami sya,bukan suami saya saja yang di layan begini,hampir semua kwn2 suami saya pun di layan sebegitu...apa masalah wanita nih???kurang kasih sayang ke???ke saje nk test market,budget lawa..bergetah lagi...saya tak kisah andai lelaki berkahwin yg buat begini sbb kebarangkalian lelaki utk berkahwin lebih itu ada tetapi seorang wanita yang masih bersuami berkelakuan sebegitu...dia nak ke bercerai ngan suami dia utk memiliki lelaki lain yg belum tentu betul2 mahukannya,tak sayang keluarga dia ke sbb dia bkn muda lagi utk memulakan keluarga baru.....dan saya tahu wanita tersebut mengikuti forum KRT....andai beliau terbaca masalah ini satu pesan saya,saya tak ingin komen dari anda...sbb saya tak suka orang yang berpura2,berlakon baik tapi belakang hanya Tuhan yang tahu.Terima kasih

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)