Suami anak mak, tak pandai berdikari

Admin
0
Salam..
Saya amat perlukan pandangan kalian..Hari ni (1 Mei 2010) genap setahun perkahwinan kami..Sy dikurniakan seorang cahayamata yang sekarang berusia 2bulan. Rumahtangga kami seakan2 bahagia jika dilihat dari pandangan kasar org ramai..Tapi hakikat nya hari2 saya makan hati dengan sikap suami

Suami saya boleh dikatakan anak mak dan tak pandai berdikari..Sy terpaksa bekerja untuk membantu menanggung pendapatan keluarga memandangkan gaji suami tak seberapa.. Setiap hari saya akan sampai rumah pada waktu malam dan keluar bekerja seawal jam 7..

cuba bayangkan saya penat seharian bekerja..Keluar rumah hantar anak di rumah mak kira2 setengah jam perjalanan dan ke ofis setengah jam perjalanan..Balik kerja, kena kemas rumah,masak,uruskan anak..Kadang2 saya tak punya masa untuk diri saya sendiri..sedangkan suami hanya pandang saya buat kerja..Suami hanya akan tolong jika saya minta.Itupun dengan hati yang tidak ikhlas (saya rasa) sbb sentiasa mendengar rungutan dari mulutnya..kadang2 saya rasa lebih baik buat kerja sendiri daripada minta pertolongan darinya..

Suami juga jenis yg tidak boleh terima pendapat..setiap kali saya tegur (secara baik), dia mesti menjawab untuk mempertahan kan diri..seolah2 dirinya begitu sempurna sehingga tidak melakukan kesilapan..kadang2 saya terkasar bahasa sbb dah tak mampu bersabar..Nenek saya perasan dengan sikapnya sehingga nak bawa saya jumpa dengan pakar tradisional..Tapi saya menolak kerana takut syirik..

Saya rasa tak tahan dengan kehidupan sekarang..Hidup saya tak bahagia..setahun saya bersabar dgn harapan suami akan lebih menghargai saya..Sepanjang perkenalan kami tidak pernah sekalipun dia memberi apa2 kepada saya..hari jadi saya pun suram je..malah arini(ulangtahun perkahwinan) pun dia buat tak kisah je..saya tersangat2 sedih dan rasa diri langsung tak dihargai..Kadang2 saya nangis sorang diri sbb da tak tahan hidup berpura2..

thanks


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)