Suami Dingin

Admin
4
assalammualaikum..

saudara,terima ksih kerana sudi membaca email saya.
saya tak tahu nk mula dari mana.Tp yg pasti,hbungan saya dan suami smakin hari smakin dingin.Kalau saya tak mula mesra2 dan bercakap2 dgn dia,dia pun buat tak tahu saja.Kadang2 saya cuba bersembang2 dgn dia..tanya khabar dan keje dia.Bila time dia ok,dia ok dan akn bg respon yg baik.Tp kdg2 tu dia kata jgn tanya banyak2 (setahu saya ini bukan lg kdg2),tp dia tak marah..dia ckp dgn nada yg biasa2 aje.
Apa yg saya rasa ni,tak penah saya citerkan pd sapa2,baik fmily ataupun kwn2 sbb saya tak mahu nanti diorang akan ada perasaan negatif terhadap suami saya dan bersangka buruk terhadapnya. Saya nak diorang saling hormat menghormati seperti biasa. Cuma sekarang saya perlukan pndapat dan cara2 nk sttle msalah ni.
Kmi baru berkawin selama setahun lebih dan bulan 11 ni cukupla 2 tahun usia perkahwinan kami. Sekarang dah ada baby boy umur 9 bln..kecik lagi kan. Di awal perkhwinan kami,mmg sgt2 bahagia. Gaduh2 tue biasa..tp suami saya jenis yang sgt baik pd masa tu. Dia akn pujuk saya dan saya bukanlah jenis yg merajuk lama2. Dah kena pujuk tu ok la. Untuk pngetahuan saudara,saya ni bukan jenis QUEEN CONTROL ye..dan mak saya sendiri dah pesan,jgn buat suami mcm tue,tak baik katanya.

Saudara,
saya dan suami selal gaduh..tp bukanla gduh besar2. Ckp2 mulut jer. Selalunya yg kami gaduhkan pasal keluarga..tak dak pun pasal lain. Dah tu sekarang ni,suami dah jarang2 pujuk saya. Saya sedih dan selalu menangis sendirian..tak tahu nak luah kt sapa. Suami jg kerap ckp dia nk kwin lain (dlm nada lawak2 dan ada gelak2). Saya tahu suami takkan buat tp saya selalu terfikir,kalau suami tergamak ckp mcm ni,tak mustahil semuanya. Saya jg terfikir,kalau dia sygkan saya,takkan la dia tergamak nak ckp macam tu kan. Kalau saya merajuk pun,kebanyakannya saya yg kena pujuk diri sndiri. Dia ada pujuk jg,tp gitu2 jer..bg cukup syarat jer. Ingin saya nyatakan di sini,ada jg masa2 kami tak 'bersama' dlm tempoh yg lama..cntohnya seminggu. Tp suami mcm tak kisah. Saya pulak yg susah hati. Dia lebih rela melayan ank kami..saya buntu..saya selalu terfikirkan hal ni.

Post a Comment

4Comments
  1. saya bersimpati dengan masalah saudari. Pada saya suami puan ini orangnya normal, penyayang baik dengan anak dan isteri. Perkahwinan baru setahun jagong perlu dilalui dengan penuh ketabahan. Isikan perkahwinan dengan sesuatu yang baru bagi keluarga khasnya bagi suami....

    Puan disarankan selalulah berkomunikasi dengan berwajah manis. Mungkin buat sesuatu makanan yang disukainya dan mulakan perbualan yang ringan dulu....lepas itu puan luahkan perasan terasa puan macam terbiar tak diperdulikan. Katakan puan sayang padanya secara jujur dan puan peganglah tangannya erat untuk tunjukkan puan sayangkannya.

    Puan kena buat sesuatu yang boleh menaikkan ghairahnya. Kemahiran melayan suami adalah penting. Puan boleh buat kejutan bila suami puan akan balik dan masuk bilik. Buat sesuatu yang boleh merangsangkannya untuk mendekati dan bercumbu dengan puan. Banyak puan kena pelajari untuk memikat suami. Jadikan katil tempat memadu kasih, berbisik dan berbincang dan meluahkan perasaan. Pujilah kehebatannya dalam melayani puan. Jangan merendahkannya sebab sebagai lelaki memang tinggi egonya. Saya harap puan boleh mencuba....impact nya nampak berkesan nanti bila puan mencuba sesuatu yang baru.....

    ReplyDelete
  2. mgkin betul berkesan..dan sya yakin berkesan jika dilakukan kpd suami sya..tp sya dh pnat mengharap..knapa kita si isteri je kna beria2..?sdangkan suami tergamak buat kita mcm tu..jd seeloknya biarla berpisah dari trus mkn hati..blum dpt apa pn bleh ditinggalkan tp bla dh dpt benda yg xpenting pn blh jd lg penting dri kita..erm..lelaki..

    ReplyDelete
  3. oh ye..mcm mna nk jdkan katil tempat memadu asmara kalu kta dok tido dgn anak je..dia plak lbh ska tido dpn tv..itu jela keje dia..dh mengamuk brula nk buat apa yg patut buat syarat xnk gaduh..kalu x..haram..weekend ada jgk lari dri anak2 tp msa bermanja mesra adalah sgt sedikit..bg dia dh lps bersama xperlu lg nk buat apa2..back to normal mode blk..pernah suarakn dn berbagai cara tp end up dgn benda sma..dh fed up..skrg tgh nk buat tuntutan cerai..

    ReplyDelete
  4. tp beria2 xnak ceraikan sya..demi anak2 ktanya..adakah patut demi anak2 sya korbankan kebahagiaan sya..sya xkuat..sya bru 26thun..tersangatla muda utk merasa suma nie..jd sya harap sgt dia lpaskan sya kerana sya dh xlarat nk mgharap yg baik dri suami..makan hati sgt..

    ReplyDelete
Post a Comment