Buntu dengan sepupu

Admin
0
saya ada masalah yg bagi saya agak besar. saya dan suami saya bekerja sama tempat dgn suami kpd sepupu rapat saya. dulu, kami pernah syak yang suami sepupu rapat saya ni (kita namakan dia Ali je la ya, bukan nama sbnr) mcm ada affair dgn Azie (bukan nama sbnr). Azie pun bekerja sama dgn kami. Azie ni bujang lg. semuanya bermula sejak akhir tahun lepas sewaktu acara teambuilding syarikat. tp malangnya saya & suami tiada bukti kukuh yg Ali & Azie ni ada affair. takde gambar. takde video. yg ada cuma kata2 kami berdua saje yg pernah nampak mereka keluar bersama beberapa kali. tp bila kami tanya Ali, ada saje jawapan dia utk putar belitkan keadaan tu.

walaubagaimanapun, pd awal thn ini suami saya bgtau saya rasanya mereka sudah tak bersama lagi. dan sebab kami pun dah tak nampak apa2 yang mencurigakan, so saya pun lupakan hal itu. saya pernah bgtau pd sepupu saya utk berhati2 sbb Ali mcm terlalu rapat dgn Azie. saya tak bgtau sepupu yang mereka ada affair sbb masa ckp mcm tu pun dia dah nangis2 jd saya tak sampai hati nk bgtau. saya cuma mintak sepupu saya lebih alert dgn tingkah laku & aktiviti suaminya.

skrg setelah 6 bulan berlalu, rupanya Ali & Azie masih bersama. rupa2nya, ramai org di office pun dah tau. jadi bos suami saya meminta kami menasihati Ali memandangkan Ali adalah ahli keluarga kami.

masalahnya, saya & sepupu saya dah tak bercakap. kitaorg pernah gaduh besar. dia mmg tgh sgt benci dgn saya (dia bgtau terang2an di fbnya). dan Ali pulak jenis takut bini (depan sepupu saya). so kalau sepupu saya tak nak jumpa saya, Ali ikut je la. dan kami mmg tak brp rapat dgn Azie sbb dia pun dari group lain.

soalannya, perlu ke saya bgtahu sepupu saya? atau, kami patut bercakap dgn Ali saje? hal ini saya dah tau beberapa hari dah. saya rasa mcm lebih lama saya simpan, lebih lama lah saya mcm bersubahat dalam perlakuan jijik si Ali.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)