Suami ego, bongkak, suka menghina, merungut, membebel

Admin
0

Assalamualaikum...

Nak kongsi sikit masalah tentang suami saya. Saya dah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai 3 orang cahayamata. Suami saya seorang yang panas baranifikirkan dan tak berfikiran panjang dan tak suka berfikir. Dia juga seorang yang tidak mendengar.Setiap tindakan yang dilakukan tidak pernah difikirkan dulu, ikut hati je. Selalunya akan berakhir dengan tindakan yang amat bodoh sekali.

Dia seorang yang suka memaki hamun dan menyumpah menyeranah dan suka menuduh membuta tuli tanpa usul periksa....lebih teruk lagi dia memaksa saya untuk mengakui apa yang dituduhnya. Dia seorang yang terlalu egois...tak suka orang lebih baik dari dia. Dia bukan cuba untuk nak compete tapi lebih kepada menjatuh2kan orang tu...termasukla saya. Dia tak suka saya bekerja tapi bila saya tak bekerja dia menghambakan saya setiap minit. Kalau dia nak kerja dia akan kerja...kalau dia rasa tak nak kerja..dia akan berhenti saja.

So keadaan ini menyebabkan saya perlu bekerja. Masalahnya bila saya bekerja...saya tak boleh pergi keje awal tapi saya tak boleh balik lewat pulak.Macam-macam dituduhnya. Kalau saya outstation dia menuduh saya tidur ngan lelaki lain dan nak lari dari tanggungjawab pada anak-anak. Saya terpaksa bekerja sebab dia tak bertanggungjawab. Pada dia bagi makan sekali tu cukupla dia melakukan tanggungjawab. Dan pada dia bagi RM50 sesekali sesekala tu dah consider dia bertanggungjawab. Dia lebih rela membeli DVD sampai 2 3 ratus ringgit dari bagi belanja anak sekolah. Itu sekali beli, kalau 2 3 kali beli..tak 6 7 ratus? Alasan dia..buat ape aku ada bini yang bekerja...bodohla aku..rugi bagi makan bukan jadi apa jadi tahi. So saya tak suka bising...saya kautimkan all the expenses.

Setiap bulan dia menghina saya sebab tak de simpanan sedangkan dia boleh menyimpan beribu-ribu sebulan walau pun gaji dia kurang dari saya. Memanglah dia boleh menyimpan, dia hanya membayar sewa rumah dan electrik saja yang tak sampai pun 1000 sebulan. Yang lain-lain tu semua saya tanggung. Kalau nak keluar,tadah tangan je mintak duit nak isi minyak. kalau dia isi pun setakat 10 ringgit je. Makan minum dan hal-hal rumah dia tak ambil pusing. Kalau makan kat luar...selamba je keluar dari kedai tak bayar...alasan xde duit...duit awak banyak buat ape...belanja la keluarga. Cara dia berkata2 seolah2 saya langsung tak contribute to the family.

Usia dah 40 tahun...perangai masih macam budak2. Dia terlalu merasakan dirinya bijak, semua orang bodoh; merasakan dirinya betul, semua orang salah; merasakan hanya dia seorang yang bercakap benar, orang lain semua pendusta; perempuan semua jahat, lelaki mangsa perempuan. Saya paling tak tahan kalau dia maki hamun mak dia. Menuduh maknya yang bukan2. Dia mempunyai anak sebelum berkahwin dengan saya dan anak dia memang dah tahap samseng. Tu pun sebab dia yang muakan. Masalahnya dia menuduh anak nye jahat sebab mak dia. memang la dulu mak mertua saya yang bela. Tapi sekejap je lepas tu anak dia dok ngan kami. Dia yang suka muakan anak nya. Bila saya katakan anaknya ponteng sekolah...dia kata saya pompuan gila. Bila cikgu panggil ke sekolah dikatakan cikgu mals nak mendidik. Pokoknya apa saja keadaan semua orang salah. Dia cuma pandai menunding jari saja dan memaksa. kalau tak diikut kata hatinya...mulutnya tak akan berhenti memaki.

Orang bangun pagi...mandi..solat. Dia tak...bangun pagi dimulakan dengan rungutan tak puas hati, mencaci mencela mak dia then follow by mencaci isteri...menuduh orang perempuan ni jahat...sampai isteri Datuk Najib pun masuk juga. Pada dia pemimpin gagal jadi pemimpin kerana isteri bodoh. Dia gagal dalam hidup dia kerana ibunya dan berkawin ngan saya. Padahal memang attitude dia yang macam orang sakit mental. Saya suruh lepaskan...dia kata dia taknak biarkan saya senang...Yang saya tahu dia memang tak boleh nak uruskan hidup dia sendiri tanpa saya. Dia tak de kawan, saudara mara sendiri pun menyampah dengan dia. Saya pula menanti masa yang sesuai saja.....

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)